
Di sudut bibir mu,
terlukis garis senyum,
garis itu yang mewarnai dunia ku..
garis itu yang memberi erti hidup ku
Dalam kotak minda mu,
terpampang hamparan suci nawaitu mu,
nawaitu itu yang menyayangi ku..
nawaitu itu yang menjaga ku
Jangan pernah biasa kau,
untuk terdetik kata khilaf,
dalam menentu corak,
warna dan sketsa kanun mu..
Jangan pernah biasa kau,
untuk menyonsang ombak,
yang memukul teluk perasaan,
takut hanyut dalam pencarian..
namun satu yang harus kau ingat,
walau apa langkah yang kau tarikan,
walau apa watak yang kau lakonkan,
walau apa nada yang kau senandungkan,
tarikan, lakonkan, senandungkan,
dengan dengupan nyawa yang putih..
agar apa jua yang melayang dihujung padang,
dapat kau nikmati dengan hembusan nafas jernih..
aku sentiasa menjadi teman imaginasi mu,
ketika menemanimu bermain di padang hijau itu,
terusan ku menikmati garis senyum mu,
dan menyanjungi nawaitu suci mu,
warnai dunia, adikku
kerana kau adik ku..
No comments:
Post a Comment