Tuesday, January 19, 2010

Fisiologi Senda Gurau dan Senyuman.

Menurut imam al-Gazali mengatakan dalam kitab ihya ulumuddin senda gurau sangat baik untuk mewujudkan suasana berbaik-baik antara satu sama lain. Ia mengandungi kelapangan dada dan kebaikan hati. Maka ia dibenarkan dalam islam dengan syarat tidak berlebihan.

Menurut Lee Berk, M.D seorang tokoh dari Loma Linda School of medicine, California mengatakan senyuman dan ketawa yang tidak berlebihan memantapkan sistem pertahanan badan individu. Ini kerana tertawa dan senyuman meransang pengeluaran T-limfosit yang berperanan membunuh kuman-kuman dalam badan sekaligus pada masa yang sama meransang pengeluaran Gamma Interferon yang berfungsi mempercepat pengeluaran sel-sel pertahanan yang baru dalam badan.

Menurut Herbert Lefcourt, Ph.D mendapatai pengeluaran antibodi immunoglobulin A dalam air liur menurun semasa stress. Namun meningkat bagi mereka yang ceria. Immuniglobulin berfungsi mencegah saluran pernafasan diserang kuman-kuman.

Mengikut John Morreall, Ph.D (Presiden Humorworks Seminars) di florida mengatakan tertawa dan senyuman merendahkan tekanan darah dan nadi. Disamping meransang pengeluaran hormon endorfin yang berfungsi menghialng kesakitan dalam badan..

Jadi semoga ceria selalu.