Sunday, October 18, 2009

Tujuan Bahtera Rumah Tangga

Kata Muraabi tujuan Rumah Tangga adalah dakwah,aku tersentap alpa. Katanya Tujuan Rumah tangga itu juga Membentuk Sakinah, Rahmah wa Mawaddah. Untuk lahirkan Zuriat yang soleh atau solehah harus terbit dari bibit yang soleh dan solehah juga.

Tatkala Sang murabbi bertanya sudah solehkah anakku untuk dirimu siap menghadapi amanah besar rumah tangga? Sang Renung kembali menjelajah ruang muhasabah untuk aku lebih tanggap atas apa yang bermain dalam benakku, Dulu sering aku diingatkan bahwa jadi soleh dulu utnuk berumah tangga seperti pesan Nabi katanya.

Kata Sang Murabbi lagi,
Anakku.. Sekarang terlalu banyak kefasiqan melanda kehidupan manusia, banyak manusia tidak mengerti erti rumah tangga. Kita lupa pada Amalan tradisi Nabi kita..

oleh itu berusahalah dirimu menjadi soleh dulu sebelum menempuh gerbang perkahwinan yang lebih berteka teki..

Hdup ini Pilihan

hidup adalah pilihan…

Memilih atau dipilih……
atau sebaliknya…
namun yang pasti..
Jujurlah pada kata hati
Karena disanalah kau kan temukan cinta sejati…
yang menuntunmu ..
Tuk temukan teman sejati….

Ya Allah… sejujurnya ingin kuungkapkan apa yang telah meresahkan jiwa.. Tentang gundah yang menyelimuti sukma. Sejujurnya,..aku ingin berkata meski tak terwujud lewat suara.. Biarlah goresan ini menyampaikan gemuruh jiwa yang melanda..

Wahai hati.. engkau tahu bahwa gundah ini seringkali menjelma alam desah nafas dan detak-detak asa.
Wahai hati…engkau juga takkan berdusta. Akan hadirnya kesuma penyejuk sukma Ada kesejukan dari tirta tahta kencana Dalam desir bayu di ufuk mayapada.

Ya,.. aku memang tak ingin berdusta. Namun aku pun tak hendak mencetuskan rasa. Aku.. aku Cuma ingin setitis embun penyejuk kobaran angkara. Yang kan menoda fitrah cinta anak manusia.

Aku ingin berkata jujur… menepis dusta diantara rangkaian aksara yang terkata. Namun, seakan tangan kesunyian membungkam dengan erat perkasa. Hingga lisan tercekam dalam kebisuan yang nyata.

Allah… aku hambaMu dan tak kuasa bersembunyi dariMu. Allah,…Engkau juga tahu akan isi hatiku,.. Percuma saja seandainya fragmen kata dipentaskan di opera dusta, sia - sia ..

Ya Rabbi… sekali lagi aku cuma bisa mendamba, Membawa cinta dalam bait doa. Mohonkan Sang Pencipta membingkainya dengan indah..

Pesan Sang Murabbi

” Kekuatan kita adalah kekuatan Islam..Yang mana kekuatan inilah yang paling ditakuti dan digeruni oleh Zionis.. Dan yang paling penting, kita perlulah bergerak dan beramal dengan fikrah, kefahaman Islam yang jelas.”

Pesan Syeikh lagi dalam sabda Rasulullah S.A.W..

“Jika hari ini kita sama seperti hari semalam, maka rugilah kita.. Maka gunakanlah masamu sebaiknya.. Sepertimana kamu bekerja di dunia seperti kamu hidup di dunia selama-lamanya dan kamu beribadah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.. Yang pastinya, tidak mungkin kamu akan hidup selama-lamanya, tetapi jika kamu akan mati pada hari esok adalah kemungkinan yang sangat pasti..Maka utamakanlah akhiratmu..”

Syeikh juga berpesan..

” Hidup ini perlu ada tanzim/tersusun supaya kita tidak berada dalam kerugian.. Seimbangkanlah amalanmu, di mana ada masanya kamu bekerja, dan ada masamu solat, berzikir dan berwirid..”

“Hidup ini bukanlah masa untuk kita bermain-main.. Bersedialah kerana hari keberangkatan semakin hampir.. Carilah bekalan kerana safar kita jauh dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa.. Ringankanlah kesusahanmu yang berat kerana deen ini juga berdepan dengan kesusahan kerana keadan sekarang yang dikuasai oleh orang-orang yang zalim dan pemimpinnya dikuasai oleh orang-orang yang fasiq..Orang-orang yang mengajak kepada ma’ruf dizalimi dan disekat.. Oleh itu bersedialah! Jadilah arus perubah!”

Begitulah sebahagian pesan murabbi kepada anak-anak didiknya.. Peringatan yang berguna untuk selama-lamanya.. Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan untuk mendapat sedikit mutiara daripada syeikh yang mana sekarang ini sudah semakin sukar untuk saya mendapatkannya..

Kudrat Kami Dari Allah Tapi hasil Keringat Ibu


Ibu berkata,

“Jasad tenang yang dijemput Ilahi bukanlah dagangan kaku. Tetapi, punyai jiwa dan kalbu. Punyai pertalian merah yang telah mengikat setiap daerah rasa.

Rindu mendakap kehilangan
bukanlah meratapi,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah tidak meredhai,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah menolak takdir Ilahi.

Rindu mendakap kehilangan
sengaja dibiarkan terhimpun di seluruh ruang hati,
Rindu mendakap kehilangan
punyai hak selagi roh dan jasad masih bersatu.

Kerinduan satu rasa yang setia pada setiap jiwa yang masih ada,
Anugerah kerinduan itu terlalu mahal harganya,
Anugerah agung untuk dekat pada NYA.”


Kami lalui kehidupan ini dengan seribu satu rasa yang sukar diungkap dengan kata-kata. Mana mungkin melupakan segala kekuatan dan ketabahan yang telah dipinjamkan kepada kami. Segalanya masih lagi tersisa bersama kami. Dengan anugerah rindu yang berbalam.

Wanita Perindu Syurga

Wanita perindu Allah dapat mengawal rindunya pada dunia, kekayaan, kemewahan, pembaziran, kecantikan dan segala isi dunia. Wanita ‘abidah perindu Allah dapat mengubah nafsunya daripada nafsu-nafsu jahat kepada nafsu-nafsu yang baik melalui mujahadah. Yakni daripada nafsu marah kepada memaafkan, dengki kepada kasih sayang dan. Maka jadilah wanita ‘abidah itu bagaikan tiang negara yang menyangga sesebuah negara daripada runtuh.

Sebab itu Rasulullah bersabda :
Untuk menjadi wanita ‘abidah, perindu Allah, tidak semudah menjadi wanita berkerjaya yang cuma dilatih akalnya. Sedangkan wanita ‘abidah perlukan didikan fizikal, mental dan jiwanya sekaligus. Mereka bukan sahaja diperkenalkan dengan dunia, tetapi juga dengan alam barzakh dan alam akhirat. Bahkan juga dikenalkan dengan Allah swt.

Dunia amat perlukan wanita yang tidak lagi menurutkan nafsunya tapi memusatkan perhatian dan rindunya kepada Zat yang paling hampir dengannya dan terus-menerus mengawasi hidupnya, Yakni Zat Allah SWT
Sembahyang yang dilakukan merupakan pertemuan dan penyerahan dirinya secara total kepada Allah. Ia dirasakan terlalu indah dan amat bermakna. Setiap ucapan dihayati dan dilafazkan dengan penuh kusyuk. Rukun-rukun fi’li dikerjakan dengan komitmen jiwa yang penuh kehambaan. Dan perilakunya sewatu mengadap Allah, seolah-olah takut dan hormat sekali. Maka hasil daripada ucapan dan perbuatan dalam sembahyang, wanita ‘abidah mendapat rasa tawadhuk, tawakkal, rendah diri, takut, cinta, yakin, rindu dan kagum kepada Allah kekasihnya. Itulah iman dan taqwa.

Orang yang berakhlak sahaja yang boleh bahagia tatkala ditimpa ujian. Tanpa akhlak, tidak akan ada seorang pun manusia yang dapat merasa bahagia hidup di dunia.
Kerana, hidup ini memang tidak akan lepas daripada ujian. Siapa yang tidak bahagia dunia nescaya tiada harapan untuk bahagia di akhirat.

Gabungan rasa-rasa itu mencetuskan akhlak yang sangat agung; sabar, redha, penyayang, pemaaf pemurah, rendah diri dan lain-lain lagi. Akhlak-akhlak yang mulia ini lebih mahal daripada sijil dan harta-harta duniawi, sebab ia dapat mncegah daripada perbuatan keji dan mungkar .

Bila seseorang itu kenal akhirat dan Allah, dunia ini menjadi kecil baginya. Hidupnya tidak lagi untuk memburu dunia tetapi memburu syurga di akhirat. Mereka tidak lagi merindukan kenikmatan sementara tetapi mengalihkan rindunya kepada Allah swt. Umur dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Apa juga kerja yang dibuat, semuanya untuk dan kerana Allah. Dan itulah yang Allah minta untuk kita lakukan. Firman Nya:
“Dunia ialah perhiasan. Sebaik-baik hiasan ialah wanita solehah.”

Doa Pendekat Jodoh

Cinta Kerana Allah

Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana “cinta berahi” yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengen keterlanjuran.

Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.[2] Perkara ini dinukilankan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.

Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?

Tuesday, October 13, 2009

Panduan mengatasi zina hati



Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

*
Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

*
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

*
Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

*
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Sunday, October 11, 2009

Bila Berjauhan

Pertama, bila hidup dilambung cinta hidup ingin selalu bersama. Memang, kadang merasa rindu jauh dari orang yang kita sayang. Tapi betapa lemahnya jiwa kita menagis saat ditinggal sebentar. Jika ditinggal sebentar menangis, bagaimana jika ditinggal selamanya? Seorang muslim harus kuat! Harus tegar! Allah lebih mencintai umatnya yang kuat daripada yang lemah. Lagipun, nasib kita tidak seberat Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim di gurun pasir tanpa bekal apapun selain keimanannya kepada Allah.

Kedua, ku titipkan orang yang kucintai pada Allah. Aku percaya dia akan baik-baik penjaga, kerana aku telah meminta kepada Allah untuk menjaganya.

Ketiga, percaya bahwa apa menimpa diri kita adalah takdir Allah. Saat ini Allah sedang mentakdirkan kami hidup terpisah. Pasti ada hikmah di balik hal ini. Mungkin Allah ingin menjadikan kami peribadi yang lebih dewasa dan mandiri.

Keempat, jadikan setiap kesempatan bertemu menjadi hal yang berkualiti. Kuantiti pertemuan kami memang kurang, tapi semoga kualitinya akan menjadi optimal.

Kelima, selagi masih punya banyak waktu luang (tidak terganggu orang yang dicintai), lakukan aktiviti sebanyak-banyaknya. Plus belajar menjadi seorang kekasih yang baik. Mungkin boleh jadi setelah tinggal bersama sang kekasih, aktiviti pribadi berkurang.

Mungkin kalau aku teruskan, boleh jadi panjang sekali. Intinya satu, jalin hubungan yang baik dengan Allah. Seorang yang hatinya terpaut kepada Allah, tidak akan bersedih akan masalah yang dihadapinya. Jangan sampai aktiviti ibadah menurun kerana tidak ada orang yang dicintai. Apalagi teknologi dapat menggapaia apa sahaja maupun orang yang jauh. Setiap kali telefon saling mengingatkanlah akan pentingnya iman. Setidaknya, ada nilai ibadah di setiap komunikasi.

Hidup

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"

Motivasi Diri

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”

“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”

“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”

“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”

“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”

“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”

“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”

“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”

“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.

“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”

“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”

“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”

“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”

“Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”

“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”

“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”

“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”

“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”

“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”

“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”

“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”

“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”

“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”

“Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”

“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”

“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”

“Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”

“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”

“Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”

“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”

“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”

“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”

“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”

“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”

“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”

“Sama menolong sama beruntung.”

“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”

“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”

“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”

“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”

“Dare to be different.”

“Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”

“Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”

“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”

“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”
“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”

“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”

“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”

“ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”


~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Berapa Lama kita sedar bahawa kita keliru

“…How many years must a mountain exist, before it is washed to the sea
How many years can some people exist, before they’re allowed to be free
How many times can a man turn his head, and pretend that he just doesn’t see ”(Bob Dylan, Blowin’ in the wind )


Suatu hari yang cerah di sebuah masjid besar Shah Alam sedang ada proses pernyataan beberapa orang yang menyatakan dirinya masuk Islam mengucap kalimat syahadat dan tampak bahagia. Usai proses, seseorang berucap, bahwa ia menemukan apa yang dia cari dan menyedari kekeliruan akan pilihannya selama ini. Saya mengamati orang yang mengucapkan itu tadi nampaknya dia berumur sekitar 45 tahun **

Bayang bayang renung melintas. Berapa lama yang di perlukan hingga seseorang menyedari bahwa ada kekeliruan dalam jalan hidupnya ? Dalam kes ini, mungkin dia baru terbuka kesedarannya setelah 30 tahun mengenal Islam. Atau, apa yang dia kenal mengenai Islam adalah sebatas persepsi peribadinya tentang Islam itu sendiri **

Sang renung kembali mengembara. Apakah kami selalu berada pada keputusan yang benar ? Bagaimana kalau ternyata seorang peguam kemudian menyedari, bahwa dia telah salah memilih karier? Bagaimana kalau ternyata seorang programmer kemudian menyedari, bahwa dia sebenarnya lebih suka menjadi ahli sukan ? Bagaimana kalau ternyata seorang isteri kemudian menyedari, bahwa setelah 30 tahun dia telah memilih suami yang salah ? Bagaimana kalau ternyata 10 tahun kemudian, Bush sedar bahwa meng invasi Irak adalah sebuah kesalahan ? **

Perlahan-lahan saya semak lagi bait bait muqaddimah pelajaran pertama. Perlahan-lahan saya mencuba memahami arti kata “petunjuk” dalam sebuah doa. Pelan-pelan saya mencuba memahami erti kata “redha” untuk memahami pilihan hidup. Barangkali, dalam layer yang lebih dalam, redha lebih dari sekadar salah dan benar. Bisa jadi redha adalah sebuah jalan terang berliku yang melewati pintu pintu kesalahan. Pintu pintu bukanlah bahagian penting lagi, selama kita menjalani jalan redha… **

Days Of Thunder

disatu siang, sambil duduk di atas tikar di rerendangan pohon,

berkatalah beliau:”jangan pernah berdoa minta tidak berjumpa dengan rintangan,

tapi berdoalah agar kamu dapat mengatasi rintangan yang timbul”



tanpa rintangan, peradaban tak akan pernah maju

penemuan, jalan penyelesaian dan pemuliaan peradaban, bermula dari rintangan

tak salah kalau didalam kesulitan ada kemudahan

tak salah kalau manusia di encourage untuk berikhtiar



hari hari ini, benar benar hari yang luar biasa

olah rohani bergerak melalui jalur lain yang datang menyapa

sang badan menari diatas liukan qalbu

kesulitan saling menyapa nasib yang tak menentu

terbayang khalifah Umar bin Abdul Aziz

saat ketegasan bicara dan menafikan kata bijaksana

saat harus bicara tegas pada para sahabat

saat hati terbelah pada lafaz diatas air

saat mengawal tarian forex

saat kata kata tak lagi punya erti…..

Thursday, October 8, 2009

Elegi Senja

gugusan mega mengarak senja yang terus bertanya-tanya tentang jalan
yang Kau bentang sebagai sajadah untuk sujud di tepi-tepi waktu di
gigir-gigir beku yang menggigilkan kedirianku yang melayang rendah
mendekati sarangMU

matahari yang tunduk, setinggi ujung kaki yang menekuk, menekuri
gerbang petangMU, dan sayapku terus saja memukuli udara mencari
pijakan kata untuk menambatkan luka yang menganga di dadaku.

aku mencariMU! aku mencariMU!

Senja Berlayar

suatu senja,
layar-layar berpendaran
diketuk-ketuk pohon cemara dari jauh,

suatu suara
tertangkap telinga
dan kita pun masih terjaga

Senja Dariku

saya terima kabar senja dari kotamu
kota yang selalu bernafsu membeli senja

baiklah…

izinkah saya kirimkan segores senja
khusus untukmu.
senja yang terbuat dari ketulusan jiwa
sebagai sajadah dalam setiap sujudmu

Puisi Senja

Letihku tlah terbingkai guratan senja

Senja yang akan terusir ke sebuah peraduan,

Peraduan........

Adakah tempat peraduan untukku????

Sementara rindu yang membelenggu kian membuatku tergugu

Dan kenapa pada setiap letihku datang,

Kau malah berpulang

Entah...., apa yang kurasa

Tapi ku ingin mengadu padamu tentang sebuah rindu

Yah, sebuah rindu untuk Tuhanmu