
Kenapa hati kita derita, kerana DUNIA dan isinya memenuhi
ruang hati kita. Saya pernah menyebutkan dalam beberapa siri artikel yang
lalu :
"Cukuplah dunia itu cukup sampai ditangan sahaja, jangan dimasukkan ke hati. Kerana keterseksaan seseorang itu dilihat dari seberapa banyak ia memasukkan dunia kedalam hatinya"

Perih
Cinta inilah yang membuka tabir hasrat pencinta: Tiada penyakit yang dapat
menyamai dukacita hati ini. Cinta adalah sebuah penyakit kerana berpisah,
isyarat Dan astrolabium rahsia-rahsia Ilahi. Apakah dari cendawan langit
ataupun cendawan bumi, Cintalah yang membimbing kita ke Sana pada akhirnya.
Akal ’kan sia-sia bahkan menggelepar ’tuk menerangkan Cinta, Bagai keldai dalam
lumpur: Cinta adalah sang penerang Cinta itu sendiri. Bukankah matahari yang
menyatakan dirinya matahari? Perhatikanlah ia! Seluruh bukit yang kau cari ada
di sana.
CINTA yang dibangkitkan oleh
khayalan yang salah dan tidak pada tempatnya bisa saja menghantarkannya ada
keadaan ekstasi. Namun kenikmatan itu, jelas tidak seperti bercinta dengan
kekasih sebenarnya kekasih yang sedar akan hadirnya seseorang. Sama dengan
dengan kita hamba sedar akan kehadiran pencipta.
No comments:
Post a Comment