Wednesday, July 24, 2013

Pencinta Sejati



Allah memberikan kita hadiah, didalam diri kita ada anugerah yang tidak ternilai dari-Nya  yang perlu dijaga. Ia adalah HATI. Manusia selalu menyalahgunakan hatinya. Zalim dan lemahnya kita menggunakan hati tanpa seizin-Nya. Bagi yang beriman hatinya selalu bahagia dan merona-rona dijingga. Tapi yang kufur, hatinya menderita dibalik kesengsaraan. Dengki, sombong, tamak, tidak berkeyakinan diri serta rakus meratap sinar dunia.

Kenapa hati kita derita, kerana DUNIA dan isinya memenuhi ruang hati kita. Saya pernah menyebutkan dalam beberapa siri artikel yang lalu  :

 "Cukuplah dunia itu cukup sampai ditangan sahaja, jangan dimasukkan ke hati. Kerana keterseksaan seseorang itu dilihat dari seberapa banyak ia memasukkan dunia  kedalam hatinya"
 Jadikanlah kita pencinta sejati kepada pencipta itulah cinta sejati.  Cinta adalah lautan tak bertepi, langit hanyalah serpihan buih belaka. Ketahuilah langit berputar karena gelombang Cinta. Andai tak ada Cinta, Dunia akan membeku.

Perih Cinta inilah yang membuka tabir hasrat pencinta: Tiada penyakit yang dapat menyamai dukacita hati ini. Cinta adalah sebuah penyakit kerana berpisah, isyarat Dan astrolabium rahsia-rahsia Ilahi. Apakah dari cendawan langit ataupun cendawan bumi, Cintalah yang membimbing kita ke Sana pada akhirnya. Akal ’kan sia-sia bahkan menggelepar ’tuk menerangkan Cinta, Bagai keldai dalam lumpur: Cinta adalah sang penerang Cinta itu sendiri. Bukankah matahari yang menyatakan dirinya matahari? Perhatikanlah ia! Seluruh bukit yang kau cari ada di sana.
 
 CINTA yang dibangkitkan oleh khayalan yang salah dan tidak pada tempatnya bisa saja menghantarkannya ada keadaan ekstasi. Namun kenikmatan itu, jelas tidak seperti bercinta dengan kekasih sebenarnya kekasih yang sedar akan hadirnya seseorang. Sama dengan dengan kita hamba sedar akan kehadiran pencipta.

Ukhuwah Kita Bukan Ukhuwah Biasa

Buat kamu yang kucintai,   Ukhuwah kita ini bukan hanya sekadar adat kehidupan memerlukan teman atau ukhuwah yang penuh dengan rayuan. Dalam uhuwah kita, ada niat yang harus diluruskan. Ada tekad yang harus dikukuhkan. Ada tanggungan amal-amal yang harus segera ditunaikan. Ada komitmen yang harus diserahkan. Ada pengorbanan yang harus disanggupkan. 

Tidak sekadar mengungkapkan, "Ana uhibbukum lillah!" (aku mencintaimu kerana Allah). Lalu kita mengharapkan manisnya ukhuwah. Ia tidak pernah semudah itu. Kerana ukhuwah ini,Bukan ukhuwah biasa-biasa, Ia adalah cemburuan para nabi dan syuhada'. 

Sayangku , renungkanlah.. ada kalanya kita seperti dua mata Tak pernah berjumpa tapi selalu sejiwa Kita menatap kearah yang sama walau tak berjumpa  Mengagumi pemandangan indah dan berucap: subhanallah. Wahai saudaraku,  jangan pernah lepaskan tangan saudara kita yang ada di samping kita saat ini. Mari kita tunduk sejenak  dan renungkan kembali kisah kita ini.  Renungkan kembali perjalanan yang telah kita tempuh sejauh ini. Banyak hal yang kita lupakan di sepanjang jalan ini. 

Maka jangan biarkan ukhuwah ini menjadi kusut. Kerana sesungguhnya ketika ukhuwah ini kusut, maka pertanda ada di antara kita yang imannya sedang sakit. Jangan biarkan ukhuwah ini menjadi sebuah kata yang tak akan pernah ingin mendekati kita. Kerana Sesungguhnya ukhuwah ini ibarat seuntai tasbih yang ada awalnya tapi tak berpenghujung.