Wednesday, March 13, 2013

Buat Yang Ku Rindui

Pernah rasa-rasa hangat ukhuwah itu membara dan tak tertahankan, ingin kembali merajut cinta yang tertinggalkan. Kita mula membina dan kita kadang-kadang menemui kebuntuan.

 
Pernah ada jeda dalam persaudaraan ini kerana sejak kita dipersaudarakan dengan  iman, sejak itu juga ikatan ini akan tetap kukuh mengikat cinta di hati kita, kadang kutemukan engkau dalam doa , kadang dalam mimpi dan tak jarang dalam kenangan kebersamaan… Allah hanya ingin memberi waktu pada kita untuk saling merindu Agar persaudaraan ini semakin subur dengan ketulusan dan cinta.

Temui dan lapangan cinta dan kasih di syurga untuk kita bersama.
 

1 comment:

Anonymous said...

Ukhwah fillah abadan abada... bertemu kerana Allah... berpisah kerana Allah...dan smga dipertemukan semula oleh Allah swt dgn rahmat dan kasih sayangNya... ^_^