Barakallahu
lakum,
Hari
ini (23 Mei 2012) seorang siswi menghampiri saya seusai kuliah Islamic Studies di kampus dan bertanya " Ustaz kenapa perempuan perlu bertudung (jilbab) labuh ? Apakah tudung
biasa tidak cukup?". Riak wajah ingin tahu sejuta makna dari warna yang
masih belum tersisa untuk diwarna. Pertanyaan yang membuatku juga melontarkan
senyuman dengan mudah-mudahan menjadi sedekah.
Lantas aku terus teringat sebuah
filem indonesia yang berjudul ' Hafalan Shalat Delisa' dimana seorang anak yang
bangun dari sebuah keterpurukan. Delisa bangkit di tengah rasa sedih akibat
kehilangan, di tengah rasa putus asa yang mendera Abi Usman dan juga
orang-orang Aceh lainnya, Delisa telah menjadi malaikat kecil yang membahagikan
tawa di setiap kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah mengajarkan
bagaimana kesedihan bisa menjadi kekuatan untuk tetap bertahan. Walau air mata
rasanya tak ingin berhenti mengalir, tapi Delisa mencuba memahami apa itu
ikhlas, mengerjakan sesuatu tanpa mengharap balasan. (rujuk link ini )
.
Lantas
aku cuba untuk fokus kembali pada siswi tadi hidup dalam kesenangan bahkan
lebih baik dr ‘delisa’ tadi sudah rasa berat atas syariat Allah yang di
amanahkan. Mungkin ia masih dalam proses belajar. Aku pun berkata kepadanya dengan ringkas sambil menuturkan dengan perlahan :
“
Wanita itu adalah fitnah bagi lelaki, khususnya yang mempunyai penyakit pada
imannya. Jadi, wanita perlu memelihara sebaik mungkin diri mereka agar jauh
dari kerosakkan dan fitnah pada semua yang memandangnya. Jadi, melabuhkan
pakaian khususnya tudung amat perlu dan lebih baik pada wanita. Ingatlah,
menjadi wanita itu ketentuan, menjadi solehah itu kemestian, menjadi mukminah
solehah adalah insan terpilih.. Semoga kamu menjadi insan terpilih. ”
Siswi
tadi tergamam dan berlalu pergi. Doaku “ SEMOGA DIRIMU BEROLEH HIDAYAH KERANA
HIDAYAH MILIK MEREKA YANG MENCARI ”
ps : jangan hanya labuhkan pakaianmu, labuhkan jua hatimu wahai mukminah !
Jazakallah
~ zan ~
1 comment:
Aassalamu'alaikum ustaz. saya ada persoalan, adakah seorang wanita yang telah menjaga dirinya dengan sebaik mungkin, tetapi masih lagi dipandang atau mungkin tepatnya diminati oleh seorang lelaki ajnabi. apakah wanita tersebut masih dikira sebagai fitnah? dan pada pandangan ustaz, apakah wanita tersebut perlu lakukan bagi mengelakkan masalah tersebut berterusan?
Post a Comment