Tuesday, May 22, 2012

Memaknai Erti Sebuah Rasa

"Kau tahu apa itu makna uhibbuka fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya. Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya. "Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

 "Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuka fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian

Kita perlukan sahabat yang lebih dari sekedar mengetahui apa yg membuat kita bahagia. Teman adalah ketika mereka mengingatkan apa yang benar-benar dapat memberi kebahagian kita. Ibarat kenderaan, kereta misalnya, dapat jadi kesenangan tapi hanya ‘brake’ satu-satunya 'teman yg m'ingatkan' kita ketika hampir terbabas apapun di depan yg mengancam nyawa. "Shadiquka man abkaka La man adhhakaka". Belilah kereta yang mempunyai kualiti ‘Brake’ yang bagus.

No comments: