Apa yang ingin saya katakan disini adalah menjawab pertanyaan
tentang Isu perniagaan singkat seperti MLM atau infinity downline atau yang
sekeluarga dengannya yang perlu mengorbankan masa dan tenaga siang dan malam untuk mencari
duit daripada hak orang lain dengan alasan ingin membantu. Tetapi bagi yang
merasa MLM mereka sah disisi syarak tak perlu baca.
Antara teknik2 yang digunakan
untuk menarik minat peserta dan seterusnya menjadi downline :
1. Ajak minum kat kedai makan.
Ajak minum berjam-jam,
kadang-kadang tak makan pun. Ade org datang minta sedekah dia bagi RM1 je pun
susah.
2. Bawak upline (penaja atas
mereka) yang dah steady.
Kebiasaan kita akan tertarik
dengan pandangan pertama. Kalau 1st time nampak kereta besar, pakai kot (malam2
pun pakai kot?), pakai henset canggih, cakap pun lebat (ratus2 ribu punya
cakap.. tak main dah cakap sepuluh dua puluh ringgit.. walaupun masa tu kat
kedai mamak je).Dan cakap kita orang yang terpilih siap cakap akan bantu kita.
3. Bawak file.. ada bukti cek
nilai beribu2.
Itu kalau dulu la.. zaman
sekarang ni, biasanya bawak laptop atau iPad dan tunjukkan print screen cek2
hasil menjalankan bisnes tersebut (alaa.. mcm yg kita selalu dok buat entry cek
nuffnang dah sampai tu.. hehe).. walaupun sebenarnya, nilai tu bukanlah nilai
sebenar.
4. Ajak join seminar.
Biasanya dalam seminar, lagi
banyak cerita2 hebat yang peserta baru akan dengar. Kisah kena ludah la, kena
maki la, mat rempit bawak BMW la.. dan bermacam2 lagi.. dan kebanyakannya akan
memakai sut, siap dengan tali leher. Katanya untuk menambahkan keyakinan diri
dan memberikan pandangan pertama yang baik terhadap peserta baru.
5. Isi borang dan bayar yuran
keahlian.
Bila bakal peserta berminat nak
sertai (ataupun terpaksa sertai sbb nak jaga hati member), maka diberikan
borang untuk diisi. Yuran keahlian biasanya murah je. Tapi peserta tersebut
akan ditawarkan satu pakej lain yg akan mendatangkan untung lagi cepat.
Maknanya kena tambah lagi la modal sehingga beribu2. Peserta akan diberikan tempoh
bertenang (kena bertenang la.. sbb dah keluar duit banyak) dan dalam tempoh
itu, borang dan yuran pendaftaran akan disimpan sehingga cukup tempoh tertentu,
atau sehingga cukup jumlah tertentu.. supaya bila upline tadi submit
pendaftaran kepada syarikat, maka jumlahnya cukup untuk melayakkan mereka
menerima bonus dalam bentuk cek.. dan cek itulah yg akan digunakan untuk
ditunjuk kepada ‘bakal peserta baru’. Orang yang betul2 jujur dalam
perniagaan MLM ini sebenarnya susah untuk berjaya. Kena pandai main trick. Sbb
tu dalam satu perniagaan MLM, akan ada group2 tertentu yang mempunyai kaedah
tersendiri untuk meningkatkan hasil dan pendapatan.
Tak semua orang yang bergiat
dalam MLM ni menggunakan teknik2 seperti di atas. Saya cuma bercerita
berdasarkan pengalaman silam. Mungkin juga ada teknik2 terkini yang telah
diperbaharui.
Pun begitu, kita jangan pukul
rata semua orang. Jangan pukul rata semua kakitangan kerajaan makan duit haram
disebabkan ada segelintir yang melakukan tugas sambil lewa. Begitu juga tak
boleh anggap semua anggota kastam itu kaki rasuah disebabkan ada segelintir
yang terlibat dengan gejala tersebut. Pekerjaan halal boleh memberikan
pendapatan yg halal sekiranya dilakukan dengan jalan yg halal. Begitu juga
sebaliknya, pekerjaan yg halal boleh memberikan pendapatan yang haram sekiranya
dilakukan dengan jalan yg haram.
Hukum perniagaan MLM ini adalah
harus.. seperti mana yang telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Namun, perlu diperhalusi kaedahnya, agar yang harus tidak berubah menjadi
haram.Ia akan menjadi Haram apabila :
1. Skim Piramid / Skim Cepat Kaya
menggunakan nama MLM.
Kebiasaan skim piramid ini tidak
menjual produk. Begitu juga skim cepat kaya. Apa yang dilakukan adalah mencari
orang (downline) dan membayar jumlah tertentu. Duit hasil penyertaan ahli baru
digunakan untuk membayar ahli lama (upline) dan seterusnya. Sebab itu, kita
biasa mendengar / melihat promo perniagaan seperti “Masih Baru Dilancarkan..
Jadilah Orang Terawal”.. Yang terawal biasanya akan dapat pulangan modal dan
keuntungan, sebaliknya yang lambat menyertai, akan kehilangan modal. atau pun katanya buka kedai maya, ini bukti jelas membuktikan Gharar, memang ade kedai maya tapi orang buka kedai maya aktif jual beli barang. Ataupun memang dia bagi barang tapi jumlah barang tak sama jumlah dengan duit diberi lepas ubat tu lansung tak berkesan, nak-nak pulak dah meyakin pada sedara mara pastu tak berkesan dan plak sedara mara dah salah paham dengan kita.
2. Akad / Kontrak Perniagaan
Sebelum sign borang pendaftaran,
bawak balik dulu borang tersebut. Jangan terus sign kat meja kedai mamak. Baca
dulu dengan teliti. Adakah kontrak itu sah mengikut muamalat Islam? Adakah di
situ ada unsur2 perjudian, riba, gharar, zalim dsb? Kemudian kaji dulu kaedah
pemasaran (marketing plan) yang digunakan. Adakah ianya berasaskan pencarian
kepala (downline), atau berasaskan jualan produk? ade juga yang dua-dua. harga barang masyallah jauh panggang dari api.
3. Kaedah Pemasaran
Perniagaan adalah penjualan
barang daripada penjual kepada pembeli untuk tujuan keuntungan. Jika awal2
lagi, kita ditunjukkan cek2 bonus, marketing plan, berapa kita akan dapat dsb..
maka jauhilah ia.. percayalah, ahli baru takkan mampu nak jual apa2 produk pun,
sebab mereka cuma dilatih untuk mencari ahli2 baru.Tak semua orang sama walaupun diberi 'training'. Macam kat sekolah cikgu ajar benda yang sama tetapi anak murid paham dan kemampuannya lain-lain.
4. Keuntungan Yang Ditawarkan.
Ini point paling penting untuk
mengesan sebarang bentuk penyelewengan atas nama perniagaan / pelaburan. Iaitu
fixed income (cewahh).. jika seseorang ahli itu ditawarkan keuntungan tetap
dalam nilai matawang (kalau bayar RM1500, dapat RM6574.89 sebulan), maka ianya
ada unsur riba. Dan perniagaan / pelaburan ini adalah haram disertai kerana ada
unsur gharar, perjudian, riba dan zalim. Dan ianya menjadi modus operandi bagi
skim cepat kaya. Atau mendapat keuntungan jika dapat menjaga downline dibawahnya sehingga peserta berusaha bertungkus lumus mencari orang dibawahnya untuk mendapatkan modal semula kerana sudah terlanjur mengikuti "perniagaan" tersebut. Pagi kerja , petang hingga malam cari downline, besok kerja dah lemau (menzalimi diri). Sedangkan rasul mengajarkan kita ADIL membahagikan masa Khusus kita.
Pesanan saya :
1. Berhati-hatila jika anda mengikuti MLM seperti ini.
2. Sebaiknya anda jangan mengajak kawan rapat atau keluarga untuk mengikutinya takut akan timbul kesalahpahaman atau paling tidak akan memutuskan persaudaraan.
3.Untuk anda yang telah mengikuti program ini dan telah berjaya, jangan assume kemampuan orang lain sama dengan anda. Dalam al-Quran Allah telah menyatakan perbezaan kemampuan manusia.
4. Kepada Orang yang menaja (upfront) pada awalnya mungkin duit yang diberi kepada anda pada awalnya mungkin telah diredhai oleh yang melaburkan duit. Namun dipertengahan jalan atau di akhir penantian bila mereka gagal atau putus asa, maka doa untuk anda akan kezaliman itu akan berlaku. Doa org yang terzalimi dimakbulkan Allah. Mungkin Allah tak membalasnya sekarang tapi di akhirat nanti atau ditimpakan kepada anak-anak anda. Saya dapat lihat mereka seperti ini mereka bahagia banyak DUIT tapi mereka hilang seri diwajahnya kerana makan duit yang tidak berkah. Walaupun salah downline anda kerana mereka tak mampu atau tak ikut cakap anda atau tak mampu TIRU seperti anda.
5. Jangan butakan hati anda kerana wang atau menjadikan dunia sebagai orientasi. Kita akan ada anak atau generasi akan datang, Takutlah kepada Allah dan takutlah keturunan anda dizalimi. Kita Hidup untuk masa depan akhirat kita
untuk lebih lanjut boleh baca kupasan oleh Pakar Ekonomi Islam kita :
No comments:
Post a Comment