Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia
menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia,
zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di
akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan
kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)
Sebenarnya Islam tidak memusuhi cinta. Malah Islam memandang tinggi
persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang
menjiwai naluri setiap manusia. Cinta secara Islam hanya satu
iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah
cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah
kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia
digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara
lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang
lebih baik iaitu perkahwinan.
Sabda Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi
dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia
terlalu mulia.
Allah taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang
wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan
mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan
menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin
dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka)
perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)
1 comment:
Kadang kala ada suami yang sanggup berselingkuh dalam keadaan sedar dan tak sedar...walau sudah ditangkap oleh isteri sendiri...namun masih sesat di dalam arus kesesatan...semoga Allah menunjukkan kebesaranNYA pada kalian...Allahu Akbar...
Post a Comment