Terkadang kita tidak tahu bila Allah akan berhenti untuk memberi, Juga Bila akan mengambilnya semula..
Setiap awal pasti ada pengakhiran iaitu sebuah kehidupan dunia yang akan ada kematian sementara menuju ke dunia akhirat kekal abadi. Menerima sebuah khabar mendukacitakan. Sy disuruh oleh keluarga untuk balik ke Kuala Lumpur, kerana keadaan kritikal seorang 'atok' terakhir kami.. setelah dua bulan kamu berusaha merawat 'atok' dan 'atok' bergelumang dlm sengsara sakit yang berpanjangan, Berpuluh ribu dihabiskan.Dari kelantan memandu sendirian seperti biasanya sedari habis kerja jam 5 petang dan sampai terus ke Hospital Kuala Lumpur jam 1 pagi, Namun meninggal jam 5 pagi. Atok yang kemaren ku lihat masih bergurau senda kini hanya menghabis sisa waktu dengan bantuan beberapa mesin bantuan pernafasan.
Tetapilah itulah hidup berusaha bagaimanapun kita namun tetap jua Allah yang akan menentukan akhir cerita yang kita karang. Namun apa yang penting pengorbanan terakhir kita tanpa 'pamrih' atau tanpa berbelah bagi.
Namun bagi kami kesedihan ini memberikan kami banyak erti bermakna .. Terima kasih Ya Allah.
1 comment:
takziah ustaz.... semoga arwah atok digolongkan dalam golongan org beriman...
Insyaallah..
Post a Comment