Sunday, October 24, 2010

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin


Sumber artikel : ILuvIslam.com
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin.

Friday, October 22, 2010

Erti Ukhuwah Fillah


Tolonglah saudaramu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.

Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum kerabat itu beerti dua sedekah,iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari.

Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudaranya.

Hiduplah dengan persaudaraan

Saudara yang besar menjdai pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara yang lelaki menjadi pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua.

Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.

Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antara anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.

Saudara


Imam Al Husein As berkata : " Ada empat macam saudara, yaitu : Saudara bagimu dan baginya, Saudara bagimu, Saudara atasmu dan Saudara tidak bagimu tidak baginya"

Beliau As menjabarkan lebih lanjut maknanya

"Saudara bagimu adalah saudara yang persaudaraan dengannya dia mengharapkan persaudaraan yang abadi dan tidak mengharapkan kematian saudaranya. Inilah saudara bagimu dan baginya. karena jika persaudaraan itu telah sempurna mereka berdua mengharapkan untuk hidup bersama dan jika persaudaraan ini timbul perselisihan maka berakhirlah persaudaraan

Adapun saudara bagimu adalah saudara yang telah mengeluarkan dirinya dari ketamakan menuju kecintaan. Dia tidak tamak pada dunia, jika dia mencintai persaudaraan, saudara seperti ini akan menghormatimu sepenuhnya.

Saudara atasmu adalah Saudara yang menantikan bencana yang akan menimpa dirimu. Dia menyembunyikan kebahagiaan dan mendustakanmu diantara sanak keluarga. Dia melihatmu dengan tatapan seorang pendengki, maka dari itu ia layak dapat kutukan dari Yang Maha Esa

Sedang saudara yang bukan bagimu dan bukan baginya adalah saudara yang telah dipenuhi hatinya oleh ALLAH oleh kebodohan, maka ia dijauhkan dari rahmatNya. Kamu melihat dia mendahulukan dirinya atas dirimu dan meminta apa yang kamu miliki dengan ketamakan."

{ Mukhtasar Shahifah Huseniyah }

Monday, October 11, 2010

Etika Bekerja Cara Rasulullah SAW


Oleh: Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi H A.Maji

Pendahuluan:

Dalam Islam, nilai hidup terbahagi kepada tiga. Pertamanya akidah, iaitu yang menyangkuti pegangan hidup. Keduanya Syariah, iaitu yang menyangkuti sistem hidup. Ketiganya akhlak, iaitu yang menyangkuti moral hidup.

Pembahagian ini terpakai dalam berbagai aspek hidup, termasuk dalam soal pekerjaan. Khusus berkait dengan pekerjaan, akidah menyangkuti konsep tentang kerja berkenaan. Syariah menyangkuti system yang dipilih bagi melaksanakan kerja itu. Akhlak pula menyangkuti sikakp dalam melaksanakan kerja berkenaan.

Tentang 'Konsep', Rasulullah bersabda, maksudnya “Sesungguhnya setiap kerja itu dinilai berasaskan kepada niat, dan setiap orang akan memperolehi apa yang dia niatkan. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang hijrahnya kepada keuntungan dunia yang diperolehi atau perempuan yang dikahwini maka hijrahnya itu kepada hal-hal seperti itu.

Dalam hadis ini persoalan yang timbul ialah keperluan kepada konsep yang betul. Tanpa konsep seperti ini sesuatu kerja itu walau bagaimana baik sekalipun tidak akan diterima sebagai kerja-kerja Islam, kerana tidak mempunyai asas akidah yang diperlukan.

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah ditanya tentang “Orang-orang yang berperang kerana berani dan orang-orang yang berperang kerana dendam. Mana satu antara keduanya berperang Fi

Sabilillah ?” Jawab baginda “Sesiapa yang berperang kerana meninggikan kalimat Allah dialah yang berperang Fi Sabilillah”. Soalnya bukan kerja yang dilakukan, tetapi niat, iaitu konsep yang menjadi asas pegangan atau akidah kepada kerja itu sendiri.

Pada peringkat ini persoalannya bukan cara melakukan (kaifiyat) iaitu yang merupakan aspek dalam syariah .Bukan juga moral kerja yang dilakukan ,iaitu yang merupakan aspek dalam akidah. Tetapi lebih asas daripada kedua-duanya itu, yang merupakan aspek dalam akidah,iaitu falsafah tentang melakukan sesuatu itu.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda “Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendakah dia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Sesiapa yang tidak mampu dia perlu mengubah dengahn lidahnya. Sesiapa yang tidak mampudia perlu mengubah dengan hatinya”

Hadis ini tidak lagi memperkatakan tentang 'mengapa', iaitu niat dan akidah. Ia sebaliknya memperkatakan tentang nilai peringkat kedua dalam kerja itu, iaitu syariat.

Bagaimanapun soal 'mengapa' masih berbangkit melalui hadis-hadis lain, termasuk yang tersebut di atas tadi. Jika niat sudah betul barulah berbangkit soal tindakan fizikal dalam menghapuskan kemungkaran itu lebih utama daripada tindakan moral. Tetapi jika sebaliknya, keutamaan itu tidak berbangkit. Malah, mungkin tidakan moral yang dianggap paling lemah itu, jika dibuat secara jujur lebih baik daripada tindakan fizikal secara tidak jujur atau berasaskan objektif yang salah.

Dalam sebuah hadis lain lagi Rasulullah bersabda, maksudnya “Allah sangat suka apabila sesorang itu melakukan sesuatu kerja dia melakukannya dengan cukup mahir dan tekun”

Dalam hadis ini persoalannya bukan lagi mengapa dilakukan ,iaitu akidah. Juga bukan lagi apa yang dilakukan, iaitu syariah. Tetapi bagaimana melakukan, iaitu akhlak atau moral. Walaubagaimana pun perkaitan dengan soal akidah dan syariat di atas itu tadi masih ada dan rapat. Jika kerja itu berasaskan objektif yang salah,misalnya kerja-kerja jahat, atau menggunakan kaedah atau sebagainya yang tidak betul, kemahiran dan ketekunan yang tinggi tidak mempunyai nilai apa-apa. Malah kerja-kerja baik yang berfaedah yang dilakukan tanpa kemahiran yang cukup itu lebih baik daripada kerja –kerja jahat yang dilakukan dengan kemahiran ketekunan yang tinggi.



Konsep:

Ini bererti bahawa yang dimaksudkan dengan etika kerja itu ialah segala prinsip akhlak atau moral yang mempengaruhi tindak tanduk seseorang atau kumpulan dalam melakukan kerja. Sebagai contohnya ialah sikap tekun dan sifat mahir yang ditimbulkan oleh hadis di atas tadi, iaitu yang diistilahkan sebagai “Itqan”.

Bagaimana pun, persoalannya tidak dapat dipisahkan daripada dua nilai yang lebih asas sepertimana yang tersebut di atas itu tadi, iaitu konsep tentang kerja itu sendiri dan apa yang dilakukan dalam kerja berkenaan.

Dalam satu istilah lain, etika kerja ini disebut juga sebagai “Ihsan” . Maksud nya melakukan sesuat dengan tekun, mahir dan moral yang tinggi . Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda menyatakan bahawa “Iman” itu ialah kepercayaan dan keyakinan, “Islam” itu ialah merialisasikan kepercayaan dan keyakinan itu tadi dalam kerja sebenar,sementara “Ihsan” pula “Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya . Jika kamu tidak melihatnya sekalipun, Dia tetap melihat kamu “. Maksudnya melakukan dengan sebaik mungkin sehingga kepada tahap yang paling maksimum.

Dalam suatu hadis yang lain pula Rasulullah memyebut prinsip ‘Ihsan” ini perlu diamalkan dalam semua kerja yang dilakukan sampai kepada kerja-kerja menyembelih binatang. Antara contoh “Ihsan” dalam mmenyembelih binatang ialah “dengan menggunakan pisau yang tajam” dan “melatakkan binatang itu dalam kedudukan yang selesa”. Maksudnya, melakukan dengan cara yang sangat bermutu dan tinggi etikanya

Dalam al-Quran Allah menyebut tentang keperluan menjawab salam dengan cara yang sempurna, iaitu dengan menjawabnya secara lebih kompehensif daripada salam yang diterima atau sekurang-kurang nya sama dengannya. Maksudnya dengan cara yang terbaik.

Berbanding dengan nilai akidah dan syariah, nilai akhlak ini terlepas daripada implikasi hukum dan undang-undang, seperti hak dan obligasi, sah dan batal dan sebagainya, kecuali dalam bentuk moral dan akhlak sahaja. Mengambil contoh di atas, sembahyang tetap sah, jika sudah cukuk rukun dan syaratnya walaupun orang yang bersembahyang itu gagal menghadirkan Tuhan dalam dirinya ketika melakukannya. Cuma moral sembahyangnya itu rendah dan mungkin tidak boleh memmbantu mencapai sebahagian daripada objektifnya, sebagai contoh menjadi perisai buat menolak kerja-kerja jahat. Begitu juga sembelihan itu sah dan halal dimakan walau pun dengan menggunakan pisau yang tumpul. Bagaimana pun penyembelihan itu tidak beretika atau bermoral tinggi kerana gagal mengurangkan azab binatang berkenaan ketika disembelih. Begitulah seterusnya.

Dalam kata lain, etika kerja menyangkuti nilai moral kerja itu dan tidak membangkitkan soal tidak melaksanakan tanggunggawab atau kewajipan yang telah ditetapkan. Kerana jiwa sudah melibatkan masalah cuai dan tidak melakukan tugas atau tanggungjawab ia bukan soal etika atau akhlak lagi. Ia adalah soal lebih asas daripada itu, iaitu syariah yang mementukan hak dan kewajipan berhubung dengan kerja berkenaan. Bagaimanapun hal ini tidak menafikan kepentinagn etika kerja itu sendiri dalam mencapai matlamat hidup yang berjaya. Kerana ia menjadi asas kepada kecemerlangan dan mutu serta penghasilan kerja yang tinggi.



Contoh-contoh Daripada

Sunnah Rasulullah:

Apa yang akan disebut di bawah ini hanyalah beberapa contoh sahaja. Untuk menyenaraikan satu senarai etika kerja yang komprehensif memerlukan penelitian yang meluas dan mendalam. Antara contoh-contoh tersebut ialah:

1. Bekerja dengan tulus ikhlas:



Dalam al-Quran Allah s.w. berfirman:

" وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين " البينة : 5

Yang bermaksud: “Mereka tidak disuruh kecuali berabdi kepada Allah dengan penuh ikhlas” al-Baiyinah (98): 5



Sesuai dengan prinsip ini Rasulullah bersaba:

" انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الي الله ورسوله فهجرته الي الله ورسوله ومن كانت هجرته الي دنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الي ما هاجر اليه – متفق عليه

Yang bermaksud: "Sesungguhnya segala perbuatan itu ( dinilai ) berasaskan kepada niat , dan setiap orang akan memperolehi apa yang dia niatkan . Maka sesiapa yang hijrah nya kepada Allah dan Rasul nya maka hijrah nya itu kepada Allah dan Rasulnya . Dan sesiapa yang hijrahnya bertujuan untuk mendapat keuntungan dunia atau untuk mengahwini mana-mana perempuan maka hijrahnya itu untuk apa yang dia berhijrah kepada nya", Hadis Muttafaq ‘alaih.



Sabda Rasulullah lagi:

"التاجر الصدوق الامين مع النبيين و الصديقين و الشهداء " - رواه الترمذي وابن ماجه وابو داوود.

Yang bermaksud:

“Peniaga yang bersikap benar dan amanah itu (dibangkitkan pada hari kiamat) bersama para nabi , siddiqin dan para syuhjada” – Hadis riwayat al-Tirmidzi , Ibn Majah dan Abu Daud.

2. Bekerja dengan komitmen yang tinggi. Maksudnya dengan penuh rasa tanggongjawab sebagai seorang yang memikul sendiri segala hal dan persoalan yang berbangkit daripada kerja berkenaan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته" – متفق عليه

Yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin , dan setiap kamu akan dipertanggongjawabkan tentang kepimpinannya “ – Hadis Muttafaq ‘alaih.



Sehubungan dengan ‘kerja” hadis ini menegaskan bahawa setiap orang secara individu melihatnya sebagai tugas peribadi yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri telah menggambarkan komitmen baginda terhadap kerja-kerja penyebaran Islam apabila dihalang oleh orang-orang Quraisy dengan sabda nya :

" والله لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري علي ان اترك هذا الأمر ما تركته حتي تظهره الله او اهلك فيه "

Yang bermaksud: “Demi Allah , kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiri ku agar aku meninggalkan urusan ini tidaklah aku akan meninggalkannya sehingga Allah memberi n kemenangan bagi agama itu atau akan hancur di dalam nya”



3. Sentiasa berusaha kearah kecemerlangan:

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: " ان الله كتب الاحسان عاي كل شيئ . فاذا قتلتم فاحسنو القتلة واذا ذبحتم فاحسنو الذبحة وليحدّ احدكم شفرته وليرح ذبيحته ´

روآه مسلم وابو داوود والترمذي والنسائي وابن ماجه

Yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah mewajibkan Ihsan atas semua perkara perkara . Apabila kamu membunuh , bunuhlah dengan baik. Apabila kamu menyembelih sembelihlah dengan baik. Tajamkan pisau dan rehatkan binatang yang disembelih itu “ – Hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah.



Maksud Ihsan disini ialah melakukan dengan sebaik munkin dan cemerlang. Antara contoh yang disebut ialah membunuh dan menyembelih binatang dengan cara yang penuh kasihan.



Satu contoh kecemerlangan yang lain ialah melakukan sesuat dengan kemahiran yang tinggi. Baginda Rasulullah bersabda:

" ان الله يحب اذا عمل المرء عملا أتقنه " – رواه االبيهقي

Yang bermaksud: “Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu dia akan melakukannya dengan penuh mahir “ – Hadis riwayat al- Baihaqi



Satu contoh lain bagi ihsan ialah bberusaha mencari kesempurnaan dalam melakukan sesuatu melaui nilai tambah yang tertentu. Menjawab soalan tentang ihsan ini Rasulullah bersabda :

" أن تعبد الله كانك تراه فان لم تكن تراه فانه يراك" – رواه مسلم

Yang bermaksud: “ Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya. Dan kalau pun kamu tidak melihat nya Dia tentu sekali melihat kamu : - Hadis riwayat Muslim



4. Menjaga waktu:

Sabda Rasulullah:

" أذا قامت الساعة وبيد احدكم فسيلة فاستطاع الاّ يقوم حتي يغرسها , فليغرسها فله بذلك أجر" – حديث مروي عن أنس ابن مالك باسناد حسن.

Yang bermaksud :

“Apabila kiamat sedang berlaku , dan di tangan seorang daripada kamu ada benih , kalau dia masih sempat menanam benih iitu hendaklah dia menanamnay . Dengan itu dia dapat pahala”. – Hadis Anas Ibn Malik bertaraf Hasan.

Termasuk dalam perinsip ini ialah penggunaan masa secara maksimum . Dalam alQuran Allah bersumpah menggunakan perkataan “ waktu asar”. Mengikut bahasa “asar” bererti memerah. Ia seolah- olah memberi erti masa yang telah diperah , iaitu yang telah digunakan secara paling maksimum.

Mengenai penjagaan waktu ini Rasulullah s.a. w. pernah menyifatkan sebagai satu amalan yang terpuji. Menjawab soalan tentang apakah amalan yang paling afdhal , jawab baginda "الصلاة لوقتها " – متّفق عليه yang bermaksud “bersembahyang di awal waktu” – Hadis Muttafaq ‘alaih



5. Menghortmati kepakaran orang lain.

Melihatkan para pekebun tamar sentiasa bekerja keras mengahwinkan debungan antara pokok berkenaan supaya ia berbuah , Rasulullah s.a.w. bertanya mengapa sampai begitu ? Tidakkah tamar itu boleh berbuah tanpa debunga nya dikahwinkan ?

Mendengar pertanyaan Rasulullah s.a.w. itu para pekebun berkenaan berhenti daripada melakukan proses yang diamalkan zaman berzaman itu. Hasil nya negative sekali. Pada tahun itu buah tamar menjadi kerdil dan tidak sesuai dimakan. Apabila hal seperti itu sampai ke pengtahuan Rasulullah s.a.w. baginda lalu membetulkan keadaan. Sabda Rasulullah s.a.w. " انتم اعلم بامور دنياكم " – رواه مسلم “Kamu semua lebih tahu tentang hal dunia kamu “ – Hadis riwayat Muslim

Terdapat juga hadis menceritakan apabila Rasulullah ditanya samada stratiji mempertahankan kota Madinah yang dibentangkan oleh baginda itu berasaskan wahyu daripada Allah atau tidak. Apabila baginda menyatakan ia bukan wahyu , seorang sahabat mencadangkan suatu stratiji lain. Baginda lalu menerima cadangan itu memandangkan kepakaran sahabat berkenaan.



5. Sentiasa berdoa kepada Allah:

Salah satu etika yang sentiasa diberi perhatian oleh Rasulullah s.a.w. dalam melakukan kerja ialah berdoa kepada Allah bagi kebaikan kerja itu. Ia bukan sahaja dalam ibadat khusus , yang di dalamnya doa di sifatkan sebagai otak“Mukh” tetapi juga dalam semua kerja yang dilakukan





Penutup:

Demikian secara ringkas perinsip dan beberapa contoh daripada sunnah Rasulullah s.a.w. tentang etika kerja. Bagaimana pun,contoh-contoh di atas bukanlah nilai-nil;ai yang static . Sepertimana yang dihuraikan dalam pendahuluan di atas , ia tersimpul dalam konsep-konsep “Itqan” , iaitu kemahiran yang tinggi , dan “ Ihsan “ , iaitu pelaksanaan yang sebaik munkin.



Wallahu a’lam.