Saturday, May 2, 2009

cara memupuk Ukhuwah Fillah (Persaudaraan Kerana Allah)


1. Hendaklah seseorang memberitahu temannya bahwa dia kasih kpdnya.

Nabi bersabda: "Jika seseorang kasih kpd seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temannya."(Hr Abu Daud)

2. Apabila berpisah dgn seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi s.a.w bersabda:
"Setiap hamba yg muslim yg mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dgn berkata "Engkau juga akan mendapat seumpamanya"(Hr Muslim)

3. Hendaklah sentiasa bermanis muka ketika berjumpa saudaranya.

"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun ; sekalipun dgn berjumpa temanmu dlm keadaan wajah yg ceria"(Hr Muslim)

4. Bila berjumpa dgn temanmu maka segerelah bersalam dgnnya.

Nabi s.a.w bersabda:
"Setiap dua org Islam yg berjumpa serta bersalaman pasti akan diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah.(Hr Abu Daud)


5. Sesekali menziarahinya.

Nabi bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali; nescaya akan menambah kasih sayang diantara kamu."


6. Memberi hadiah


Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah; nescaya kamu akan berkasih sayang."(Hr Thabrani)
ps: Hadiah tersebut bukanlah sesuatu yang berbentuk materi tetapi boleh saja doa atau ketulusan, kesabaran dan kejujuran dalam memahami


7. Membantu sahabat2nya fiLLAH.

NAbi berpesan: "Org yg berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik drpd org yg beriktikaf selama 2 bulan."(Hr Hakim)

( Tiadalah indah dalam sebuah pertemuan bila wajah bermasam muka, hati kan gundah penuah kegalauan jika indah tiada lagi bersinar.. TERSENYUMLAH... wahai sahabatku Berikanlah yang terindah pada saudaramu, SENYUMAN yang terpancar dari hati kan merasuk kedalam jiwa)

No comments: