Wednesday, July 30, 2008

Jundullah

Bila kau bergelar DAIE.. Kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi REMAJA.. Bak kata AL BANNA.. 'Tanggungjawab melebihi masa yang ada' dan tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat menDEWASAkan kau.. Tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain.. Bangunlah wahai SYABAB.. Sedarlah wahai FATA.. Kalian bukan memulakan perjuangan.. Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan.. Bangkitlah wahai sahabatku.. Semoga usaha kalian diberkati Yang Maha Esa.. ~salam jihad..~


Gagal.

Jatuh kali pertama itu pelajaran
Jatuh kali kedua itu kelalaian
Jatuh kali ketiga itu kebodohan
Jatuh kali keempat itu peringatan
Jatuh kali kelima itu kegagalan
Jatuh berulangkali itu kejayaan...


Manusia selalu tertumpu hanya pada satu pintu kebahagiaan yang telah tertutup,
Sehingga lupakan pintu bahagia yang lain terbuka untuknya,
Bilamana dia tersedar, pintu-pintu itu telah tertutup buatnya..


Manusia ketika lahir dia menangis, dan orang sekeliling tersenyum,
Hiduplah sebaiknya dengan penuh manfaat,
Agar bila kau mati kelak, kau tersenyum dan yang di sekelilingmu menangis pula..


Lahirnya kita diazankan di telinga,
Matinya kita kelak disembahyangkan,
Pendeknya kehidupan ini hanya sedetik di antara azan dan solatnya..


Bersyukurlah pada ni'mat-ni'mat kurniaan Allah,
Kerana setiap ni'mat itu nilainya kehidupan kita,
Tak percaya?
Cuba tutupkan sebelah sahaja matamu,
Sebahagian dunia ini lenyap dari pandanganmu..

Sahabat Sejati.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Kunci Bahagia

Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika dia mampu bersyukur atas kurnia-Nya, bersabar atas cubaan-Nya dan bertaubat atas dosanya.

Ukhuwah

Ukhuwah itu bagai seutas tasbih.. ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingati-Nya, dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya...

Cinta

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Pelajaran Berharga Saat Ini.

Hari ini sesuatu telah saya dapatkan lagi :

1. Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran. Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah dengki.

2. Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi.

3.Katakanlah yang benar dan adil, sebab benar dan adil adalah satu.

4.Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.

5.Yang benar tidak terikat dengan waktu.

6.Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.

Tuesday, July 22, 2008

Apa Terbenam di kalbuku .

Pada hari ini (22 July 2008) saya terfikir sesuatu yang dapat menjadi renungan semua..
1.Bila Allah makbulkan doa kita bermakna bertambahnya iman kita, bila Allah tangguhkan doa kita bermakna bertambahnya kesabaran kita, bila Allah tak pandang rintihan hati kita bermakna Allah mengatur yang terbaik untuk kita.

2.Usahlah gelisah bila dibenci manusia, kerana masuh ramai lagi yang mengasihimu di dunia ini, tetapi gelisah lah bila Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat nanti...."

3.kadang-kadang kamu tidak menyukai sesuatu,padahal ia baik untukmu, kadang-kadang pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia adalah buruk bagimu.. Allah mengetahui sedang kamu pula tidak..

Harta Berguna Dari Khulafa' Ar-Rasyidin


SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1.Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2.Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3.Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1.Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2.Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3.Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4.Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1.Hatinya selalu berniat suci.
2.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3.Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
4.Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
5.Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1.Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7.Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8.Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

Tuesday, July 15, 2008

Marah

Kata Aristotle,
"Sebenarnya amatlah mudah untuk marah - sesiapa pun boleh melakukannya. Namun untuk berasa atau bertindak terhadap orang yang sepatutnya, pada tahap yang betul, pada masa yang tepat, dengan cara yang sesuai dan kena, ia tidaklah semudah itu. Bukan setiap orang mampu melakukannya. Untuk melakukan semua itu adalah sesuatu yang sangat jarang, namun terpuji dan amat mulia."

Ambillah


ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati,ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Curiga

Dalam budaya dan tradisi sesetengah bangsa, kecurigaan menjadi pencetus pembelajaran yang berguna - mungkin perkiraan untung-rugi menjadi tumpuan di sini - seperti yang diisyaratkan oleh peribahasa Cina berikut,
"Kecurigaan yang mendalam menunjukkan kebijaksanaan yang hebat; kecurigaan yang sedikit mempamerkan kebijaksanaan yang sekelumit, tetapi kecurigaan yang terlalu merosakkan suasana"

Hilang

Kehilangan tidak semestinya kerugian. Ada masanya ia menjadi begitu hampir dan sangat akrab dengan kita. Ketika kehilangan wang ringgit, kerugiannya tentu dilihat kuantitinya, banyak atau sedikit. Kehilangan orang, disayang atau sebaliknya, dalam apa keadaannya sekalipun, sering pula dilihat melibatkan makna kehadiran. Begitu, kehilangan ada kalanya adalah juga kehadiran, selama mana kehadiran itu dimaknakan dalam jiwa.

Wednesday, July 9, 2008

Kata Hukama Yang Bermakna.

1. "Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain."

2."Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga dan berguna, belum tentu bagus."

3."Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.""Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya"

4."Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"

Hanya dia.

Apabila semuanya serba tak kena, dan apabila anda tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat... Ingatla... Anda masih boleh bersandar kepada Dia yg maha mengasihi...Apabila hidup diselubungi kegelapan, dan semuanya silap.... Carila sinar itu dariNya yg memberi cahaya...Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa yg mengambil peduli... Ingatla....pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu....Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu... Janganla berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya...Apabila lemah tidak bermaya... Sedangkan perjalanan masih jauh yang perlu diharungi... Carila kekuatan itu daripadaNya yg maha kuasa...Apabila hidup ini dirasakan seperti beban dan segalanya goyah... Bangunkanla semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradahNya....Apabila jalan dihadapan digelapi mendung.... Sedangkan tiada siapa disisi sudi menemanimu... Carila jalan lurus itu daripadaNya yg menjadi satu-satu panduan hidup...Apabila orang disekeliling tidak mahu mendengar suaramu dan keluhanmu... Jangan kecewa kerana Dia maha mendengar...Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dlm keperitan... Ingatla kpdNya yang maha kaya....Apabila kau dalam kedukaan... Sedangkan tiada tempat utk melarikan diri... Mengadula kpdNya yg maha satu...Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya... Serahkan dirimu kpdNya satu-satunya tempat yg boleh bergantung harap...Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi.... Hatimu dicakari kebimbangan... Ingatla bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yg sabar...

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak:
"Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa.
Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang.
Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi.
Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lamalagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku.
Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh.
Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku.
Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

Nikmatilah hidup ini kerana ia membuatmu berfikir,

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan..
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..
tetapi kita boleh..bersabar..
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan jangan menangis kerana gagal dalam cinta..
sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta..
keinsafan bukan mudah untuk di tatang,
tapi jelas di ulang-ulang sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..
dari segala senjata..
jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya
zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah.. lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan… manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

Harapan Bertepi

Manusia hanyalah berusaha
Manusia hanyalah berencana
Allah-lah yang menentukan
Allah-lah yang memastikan s'galanya
Hidup ini hanya sementara
Hidup ini hanya sandiwara
Ada kehidupan yang abadi
Ada kehidupan yang hakiki
Mari kita semai bersama hidup ini dengan kasih sayang
Mari kita jalin bersama hidup ini dengan persaudaraan
Di antara kita karena Allah
Mungkin kita selalu melupakanNya hingga hidup ini terasa gundah
Mungkin kita t'lah banyak berdosa hingga hidup ini menjadi susah
Manusia hanyalah berusaha
Manusia hanyalah berencanaAllah-lah yang menentukan
Allah-lah yang memastikan s'galanya

Beginilah hidup yang kita jalani, renungkanlah saudaraku...