Kehidupan saya dikelilingi oleh wanita, dirumah saya
ada seorang ibu, ditempat kerja saya, hampir 90 % adalah wanita. Alangkah
mulianya menjadi wanita kerana keutamaannya melebihi darjat seorang lelaki dalam
tugasnya dan menjadi pendokong seorang lelaki.
Dua hal utama yang harus dijaga oleh seorang muslimah
adalah izzah dan iffah. Izzah adalah kehormatan perempuan sebagai seorang
muslimah. Sedangkan Iffah adalah bagaimana seorang muslimah dapat menjaga
kesucian dirinya dengan menjadikan malu sebagai pakaian mereka. Saya pernah
berdiskusi dengan seorang wanita yang menyatakan bahwa fenomena yang saat ini
sedang melingkari para masyarakat khusunya mahasiswa adalah masalah CINTA MONYET. Bahkan ada lelaki yang
dengan berani menyatakan perasaannya kepada seorang lelaki secara mudah. Padahal Ibunda kita Siti Khadijah RA, telah
mencontohkan dengan santun bagaimana mengungkapkan perasaannya kepada seorang yag mulia iaitu Nabi
Muhammad yang asasnya secara tingkatnya sosial dan ekonominya lebih rendah
kedudukannya daripada Khadijah RA. Bagaimana beliau mencontohkan kepada kita
semua tentang hakikah menjaga izzah dan iffah sebagai seorang muslimah. Saya
mengungkapkan keresahan hati ini bukan kerana saya tidak tahu bagaimana rasanya
jatuh cinta. Justru kerana saya pernah jatuh cintalah maka saya ingin berbagi
rasa.
Kita ini adalah manusia, semuslimah-muslimahnya seorang muslimah tetap saja dia adalah manusia. Yang dengannya Allah anugerahi rasa cinta, benci, suka, sayang, dan lain sebagainya. Allah telah mengatur bagaimana seharusnya kita menata hati kita. Iaitu dengan mengembalikan semuanya kepada Allah dan memusatkan cinta kita hanya pada-Nya. Kuncinya, hati-hati dengan interaksi walau atas nama urusan dakwah, meski hanya melalui sms atau dunia maya. Bagi para muslimah yang mempunyai masalah dengan hati, saya mempunyai sebuah quotes yang sangat mendalam, iaitu:
"Jika engkau jatuh cinta pendamlah rasa itu dan jangan kau tampakkan. Mohonlah kepada Allah agar menjadi tenang. Jika kau mati dalam keadaan bersabar, nescaya kau akan beruntung mendapatkan syurga." (Taman Orang-Orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu)
Sungguh…
Seorang muslimah sejati lebih suka apabila seorang lelaki benci atau takut padanya kerana dianggap keras dan bengis wajahnya…
Dibandingkan ia harus menjadi fitnah bagi mereka akibat senyumannya…
Dibandingkan ia harus menjadi penyebab kemaksiatan di hati saudara-saudaranya akibat terlalu lembutnya
Dibandingkan ia harus menjadi penyebab futurnya mereka kerana kecerobohan dan kelalaiannya dalam menjaga izzah sebagai seorang muslimah…
"Ya Allah, ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui, janganlah Engkau
menyeksaku kerana apa yang mereka ucapkan, dan jadikanlah aku lebih baik dari
apa yang mereka perkirakan…" (Doa Saidina Ali RA)