Monday, October 15, 2012

Sesungguhnya Mukmin


a.  Orang mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.
b.  Kalau seseorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri yang tersembunyi.
c.  Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat. Ini ditakuti juga tidak akan bersyukur.
d.  Orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.
e.  Bawalah badan ke mana-mana, tapi hati biarlah dengan Tuhan.
f.  Membuang sifat marah tidak mungkin kerana ia fitrah semulajadi manusia.Yang salah melajakkan sifat marah.Allah berfirman maksudnya:Orang mukmin itu membenamkan sifat marah.
g.  Janganlah kita macam lalat membawa penyakit, macam nyamuk menggigit, macam anai-anai merosak, macam lintah menghisap darah. Tapi jadilah macam lebah, menghasilkan madu, mengubat penyakit.
h.  Sifat Mukmin itu ialah membaiki diri dan kesalahan seseorang, bukan menghina. Kalau tidak mampu, doakan.
i.  Sifat Mukmin ialah membaiki diri dan kesalahan seseorang, bukan menghina. Kalau tidak mampu, doakan.