Aku menyayangimu saudaraku,
Kerana kau bagai kejora,
Jauh dipelupuk mata tapi terang,
Terkadang menghilang,
Kau tetap bercahaya
jauh di relung jiwa.
Aku menyayangimu saudaraku,
Kerana kau seperti pelita,
Yang menyala-nyala dalam jiwa,
Menghangatkan tawa dan gembira,
Terasa hidup segala nyala gelita.
Aku mengasihimu dalam kerendahan hatimu
Juga agamamu kesaksianmu pada Allah dan
Rasul,
Kadang tidak tertahan rasa ini,
Kadang rasa mahu dilepaskan,
Tetapi tahu akhlak masih menjadi batasan,
Kadang rasa mahu dilepaskan,
Tetapi tahu akhlak masih menjadi batasan,
tinggal aku rindu,
Meskipun engkau belum tahu erti hadirku,
Namun engkau amat bermakna bagiku,
Sungguh aku memerlukan belas dan kasihan.
Kadangkala air mata seperti mahu mengalir,
Rasa tidak lagi mampu bertahan.
Takut nanti tersungkur dalam dugaan,
Rasa tidak lagi mampu bertahan.
Takut nanti tersungkur dalam dugaan,
Sungguh aku memerlukan kekuatan.
Wahai saudaraku, apakah engkau punya
jawapan?