Sunday, October 24, 2010

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin


Sumber artikel : ILuvIslam.com
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin.

Friday, October 22, 2010

Erti Ukhuwah Fillah


Tolonglah saudaramu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.

Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum kerabat itu beerti dua sedekah,iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari.

Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudaranya.

Hiduplah dengan persaudaraan

Saudara yang besar menjdai pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara yang lelaki menjadi pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua.

Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.

Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antara anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.

Saudara


Imam Al Husein As berkata : " Ada empat macam saudara, yaitu : Saudara bagimu dan baginya, Saudara bagimu, Saudara atasmu dan Saudara tidak bagimu tidak baginya"

Beliau As menjabarkan lebih lanjut maknanya

"Saudara bagimu adalah saudara yang persaudaraan dengannya dia mengharapkan persaudaraan yang abadi dan tidak mengharapkan kematian saudaranya. Inilah saudara bagimu dan baginya. karena jika persaudaraan itu telah sempurna mereka berdua mengharapkan untuk hidup bersama dan jika persaudaraan ini timbul perselisihan maka berakhirlah persaudaraan

Adapun saudara bagimu adalah saudara yang telah mengeluarkan dirinya dari ketamakan menuju kecintaan. Dia tidak tamak pada dunia, jika dia mencintai persaudaraan, saudara seperti ini akan menghormatimu sepenuhnya.

Saudara atasmu adalah Saudara yang menantikan bencana yang akan menimpa dirimu. Dia menyembunyikan kebahagiaan dan mendustakanmu diantara sanak keluarga. Dia melihatmu dengan tatapan seorang pendengki, maka dari itu ia layak dapat kutukan dari Yang Maha Esa

Sedang saudara yang bukan bagimu dan bukan baginya adalah saudara yang telah dipenuhi hatinya oleh ALLAH oleh kebodohan, maka ia dijauhkan dari rahmatNya. Kamu melihat dia mendahulukan dirinya atas dirimu dan meminta apa yang kamu miliki dengan ketamakan."

{ Mukhtasar Shahifah Huseniyah }

Monday, October 11, 2010

Etika Bekerja Cara Rasulullah SAW


Oleh: Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi H A.Maji

Pendahuluan:

Dalam Islam, nilai hidup terbahagi kepada tiga. Pertamanya akidah, iaitu yang menyangkuti pegangan hidup. Keduanya Syariah, iaitu yang menyangkuti sistem hidup. Ketiganya akhlak, iaitu yang menyangkuti moral hidup.

Pembahagian ini terpakai dalam berbagai aspek hidup, termasuk dalam soal pekerjaan. Khusus berkait dengan pekerjaan, akidah menyangkuti konsep tentang kerja berkenaan. Syariah menyangkuti system yang dipilih bagi melaksanakan kerja itu. Akhlak pula menyangkuti sikakp dalam melaksanakan kerja berkenaan.

Tentang 'Konsep', Rasulullah bersabda, maksudnya “Sesungguhnya setiap kerja itu dinilai berasaskan kepada niat, dan setiap orang akan memperolehi apa yang dia niatkan. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang hijrahnya kepada keuntungan dunia yang diperolehi atau perempuan yang dikahwini maka hijrahnya itu kepada hal-hal seperti itu.

Dalam hadis ini persoalan yang timbul ialah keperluan kepada konsep yang betul. Tanpa konsep seperti ini sesuatu kerja itu walau bagaimana baik sekalipun tidak akan diterima sebagai kerja-kerja Islam, kerana tidak mempunyai asas akidah yang diperlukan.

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah ditanya tentang “Orang-orang yang berperang kerana berani dan orang-orang yang berperang kerana dendam. Mana satu antara keduanya berperang Fi

Sabilillah ?” Jawab baginda “Sesiapa yang berperang kerana meninggikan kalimat Allah dialah yang berperang Fi Sabilillah”. Soalnya bukan kerja yang dilakukan, tetapi niat, iaitu konsep yang menjadi asas pegangan atau akidah kepada kerja itu sendiri.

Pada peringkat ini persoalannya bukan cara melakukan (kaifiyat) iaitu yang merupakan aspek dalam syariah .Bukan juga moral kerja yang dilakukan ,iaitu yang merupakan aspek dalam akidah. Tetapi lebih asas daripada kedua-duanya itu, yang merupakan aspek dalam akidah,iaitu falsafah tentang melakukan sesuatu itu.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda “Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendakah dia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Sesiapa yang tidak mampu dia perlu mengubah dengahn lidahnya. Sesiapa yang tidak mampudia perlu mengubah dengan hatinya”

Hadis ini tidak lagi memperkatakan tentang 'mengapa', iaitu niat dan akidah. Ia sebaliknya memperkatakan tentang nilai peringkat kedua dalam kerja itu, iaitu syariat.

Bagaimanapun soal 'mengapa' masih berbangkit melalui hadis-hadis lain, termasuk yang tersebut di atas tadi. Jika niat sudah betul barulah berbangkit soal tindakan fizikal dalam menghapuskan kemungkaran itu lebih utama daripada tindakan moral. Tetapi jika sebaliknya, keutamaan itu tidak berbangkit. Malah, mungkin tidakan moral yang dianggap paling lemah itu, jika dibuat secara jujur lebih baik daripada tindakan fizikal secara tidak jujur atau berasaskan objektif yang salah.

Dalam sebuah hadis lain lagi Rasulullah bersabda, maksudnya “Allah sangat suka apabila sesorang itu melakukan sesuatu kerja dia melakukannya dengan cukup mahir dan tekun”

Dalam hadis ini persoalannya bukan lagi mengapa dilakukan ,iaitu akidah. Juga bukan lagi apa yang dilakukan, iaitu syariah. Tetapi bagaimana melakukan, iaitu akhlak atau moral. Walaubagaimana pun perkaitan dengan soal akidah dan syariat di atas itu tadi masih ada dan rapat. Jika kerja itu berasaskan objektif yang salah,misalnya kerja-kerja jahat, atau menggunakan kaedah atau sebagainya yang tidak betul, kemahiran dan ketekunan yang tinggi tidak mempunyai nilai apa-apa. Malah kerja-kerja baik yang berfaedah yang dilakukan tanpa kemahiran yang cukup itu lebih baik daripada kerja –kerja jahat yang dilakukan dengan kemahiran ketekunan yang tinggi.



Konsep:

Ini bererti bahawa yang dimaksudkan dengan etika kerja itu ialah segala prinsip akhlak atau moral yang mempengaruhi tindak tanduk seseorang atau kumpulan dalam melakukan kerja. Sebagai contohnya ialah sikap tekun dan sifat mahir yang ditimbulkan oleh hadis di atas tadi, iaitu yang diistilahkan sebagai “Itqan”.

Bagaimana pun, persoalannya tidak dapat dipisahkan daripada dua nilai yang lebih asas sepertimana yang tersebut di atas itu tadi, iaitu konsep tentang kerja itu sendiri dan apa yang dilakukan dalam kerja berkenaan.

Dalam satu istilah lain, etika kerja ini disebut juga sebagai “Ihsan” . Maksud nya melakukan sesuat dengan tekun, mahir dan moral yang tinggi . Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda menyatakan bahawa “Iman” itu ialah kepercayaan dan keyakinan, “Islam” itu ialah merialisasikan kepercayaan dan keyakinan itu tadi dalam kerja sebenar,sementara “Ihsan” pula “Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya . Jika kamu tidak melihatnya sekalipun, Dia tetap melihat kamu “. Maksudnya melakukan dengan sebaik mungkin sehingga kepada tahap yang paling maksimum.

Dalam suatu hadis yang lain pula Rasulullah memyebut prinsip ‘Ihsan” ini perlu diamalkan dalam semua kerja yang dilakukan sampai kepada kerja-kerja menyembelih binatang. Antara contoh “Ihsan” dalam mmenyembelih binatang ialah “dengan menggunakan pisau yang tajam” dan “melatakkan binatang itu dalam kedudukan yang selesa”. Maksudnya, melakukan dengan cara yang sangat bermutu dan tinggi etikanya

Dalam al-Quran Allah menyebut tentang keperluan menjawab salam dengan cara yang sempurna, iaitu dengan menjawabnya secara lebih kompehensif daripada salam yang diterima atau sekurang-kurang nya sama dengannya. Maksudnya dengan cara yang terbaik.

Berbanding dengan nilai akidah dan syariah, nilai akhlak ini terlepas daripada implikasi hukum dan undang-undang, seperti hak dan obligasi, sah dan batal dan sebagainya, kecuali dalam bentuk moral dan akhlak sahaja. Mengambil contoh di atas, sembahyang tetap sah, jika sudah cukuk rukun dan syaratnya walaupun orang yang bersembahyang itu gagal menghadirkan Tuhan dalam dirinya ketika melakukannya. Cuma moral sembahyangnya itu rendah dan mungkin tidak boleh memmbantu mencapai sebahagian daripada objektifnya, sebagai contoh menjadi perisai buat menolak kerja-kerja jahat. Begitu juga sembelihan itu sah dan halal dimakan walau pun dengan menggunakan pisau yang tumpul. Bagaimana pun penyembelihan itu tidak beretika atau bermoral tinggi kerana gagal mengurangkan azab binatang berkenaan ketika disembelih. Begitulah seterusnya.

Dalam kata lain, etika kerja menyangkuti nilai moral kerja itu dan tidak membangkitkan soal tidak melaksanakan tanggunggawab atau kewajipan yang telah ditetapkan. Kerana jiwa sudah melibatkan masalah cuai dan tidak melakukan tugas atau tanggungjawab ia bukan soal etika atau akhlak lagi. Ia adalah soal lebih asas daripada itu, iaitu syariah yang mementukan hak dan kewajipan berhubung dengan kerja berkenaan. Bagaimanapun hal ini tidak menafikan kepentinagn etika kerja itu sendiri dalam mencapai matlamat hidup yang berjaya. Kerana ia menjadi asas kepada kecemerlangan dan mutu serta penghasilan kerja yang tinggi.



Contoh-contoh Daripada

Sunnah Rasulullah:

Apa yang akan disebut di bawah ini hanyalah beberapa contoh sahaja. Untuk menyenaraikan satu senarai etika kerja yang komprehensif memerlukan penelitian yang meluas dan mendalam. Antara contoh-contoh tersebut ialah:

1. Bekerja dengan tulus ikhlas:



Dalam al-Quran Allah s.w. berfirman:

" وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين " البينة : 5

Yang bermaksud: “Mereka tidak disuruh kecuali berabdi kepada Allah dengan penuh ikhlas” al-Baiyinah (98): 5



Sesuai dengan prinsip ini Rasulullah bersaba:

" انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الي الله ورسوله فهجرته الي الله ورسوله ومن كانت هجرته الي دنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الي ما هاجر اليه – متفق عليه

Yang bermaksud: "Sesungguhnya segala perbuatan itu ( dinilai ) berasaskan kepada niat , dan setiap orang akan memperolehi apa yang dia niatkan . Maka sesiapa yang hijrah nya kepada Allah dan Rasul nya maka hijrah nya itu kepada Allah dan Rasulnya . Dan sesiapa yang hijrahnya bertujuan untuk mendapat keuntungan dunia atau untuk mengahwini mana-mana perempuan maka hijrahnya itu untuk apa yang dia berhijrah kepada nya", Hadis Muttafaq ‘alaih.



Sabda Rasulullah lagi:

"التاجر الصدوق الامين مع النبيين و الصديقين و الشهداء " - رواه الترمذي وابن ماجه وابو داوود.

Yang bermaksud:

“Peniaga yang bersikap benar dan amanah itu (dibangkitkan pada hari kiamat) bersama para nabi , siddiqin dan para syuhjada” – Hadis riwayat al-Tirmidzi , Ibn Majah dan Abu Daud.

2. Bekerja dengan komitmen yang tinggi. Maksudnya dengan penuh rasa tanggongjawab sebagai seorang yang memikul sendiri segala hal dan persoalan yang berbangkit daripada kerja berkenaan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته" – متفق عليه

Yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin , dan setiap kamu akan dipertanggongjawabkan tentang kepimpinannya “ – Hadis Muttafaq ‘alaih.



Sehubungan dengan ‘kerja” hadis ini menegaskan bahawa setiap orang secara individu melihatnya sebagai tugas peribadi yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri telah menggambarkan komitmen baginda terhadap kerja-kerja penyebaran Islam apabila dihalang oleh orang-orang Quraisy dengan sabda nya :

" والله لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري علي ان اترك هذا الأمر ما تركته حتي تظهره الله او اهلك فيه "

Yang bermaksud: “Demi Allah , kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiri ku agar aku meninggalkan urusan ini tidaklah aku akan meninggalkannya sehingga Allah memberi n kemenangan bagi agama itu atau akan hancur di dalam nya”



3. Sentiasa berusaha kearah kecemerlangan:

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: " ان الله كتب الاحسان عاي كل شيئ . فاذا قتلتم فاحسنو القتلة واذا ذبحتم فاحسنو الذبحة وليحدّ احدكم شفرته وليرح ذبيحته ´

روآه مسلم وابو داوود والترمذي والنسائي وابن ماجه

Yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah mewajibkan Ihsan atas semua perkara perkara . Apabila kamu membunuh , bunuhlah dengan baik. Apabila kamu menyembelih sembelihlah dengan baik. Tajamkan pisau dan rehatkan binatang yang disembelih itu “ – Hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah.



Maksud Ihsan disini ialah melakukan dengan sebaik munkin dan cemerlang. Antara contoh yang disebut ialah membunuh dan menyembelih binatang dengan cara yang penuh kasihan.



Satu contoh kecemerlangan yang lain ialah melakukan sesuat dengan kemahiran yang tinggi. Baginda Rasulullah bersabda:

" ان الله يحب اذا عمل المرء عملا أتقنه " – رواه االبيهقي

Yang bermaksud: “Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu dia akan melakukannya dengan penuh mahir “ – Hadis riwayat al- Baihaqi



Satu contoh lain bagi ihsan ialah bberusaha mencari kesempurnaan dalam melakukan sesuatu melaui nilai tambah yang tertentu. Menjawab soalan tentang ihsan ini Rasulullah bersabda :

" أن تعبد الله كانك تراه فان لم تكن تراه فانه يراك" – رواه مسلم

Yang bermaksud: “ Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya. Dan kalau pun kamu tidak melihat nya Dia tentu sekali melihat kamu : - Hadis riwayat Muslim



4. Menjaga waktu:

Sabda Rasulullah:

" أذا قامت الساعة وبيد احدكم فسيلة فاستطاع الاّ يقوم حتي يغرسها , فليغرسها فله بذلك أجر" – حديث مروي عن أنس ابن مالك باسناد حسن.

Yang bermaksud :

“Apabila kiamat sedang berlaku , dan di tangan seorang daripada kamu ada benih , kalau dia masih sempat menanam benih iitu hendaklah dia menanamnay . Dengan itu dia dapat pahala”. – Hadis Anas Ibn Malik bertaraf Hasan.

Termasuk dalam perinsip ini ialah penggunaan masa secara maksimum . Dalam alQuran Allah bersumpah menggunakan perkataan “ waktu asar”. Mengikut bahasa “asar” bererti memerah. Ia seolah- olah memberi erti masa yang telah diperah , iaitu yang telah digunakan secara paling maksimum.

Mengenai penjagaan waktu ini Rasulullah s.a. w. pernah menyifatkan sebagai satu amalan yang terpuji. Menjawab soalan tentang apakah amalan yang paling afdhal , jawab baginda "الصلاة لوقتها " – متّفق عليه yang bermaksud “bersembahyang di awal waktu” – Hadis Muttafaq ‘alaih



5. Menghortmati kepakaran orang lain.

Melihatkan para pekebun tamar sentiasa bekerja keras mengahwinkan debungan antara pokok berkenaan supaya ia berbuah , Rasulullah s.a.w. bertanya mengapa sampai begitu ? Tidakkah tamar itu boleh berbuah tanpa debunga nya dikahwinkan ?

Mendengar pertanyaan Rasulullah s.a.w. itu para pekebun berkenaan berhenti daripada melakukan proses yang diamalkan zaman berzaman itu. Hasil nya negative sekali. Pada tahun itu buah tamar menjadi kerdil dan tidak sesuai dimakan. Apabila hal seperti itu sampai ke pengtahuan Rasulullah s.a.w. baginda lalu membetulkan keadaan. Sabda Rasulullah s.a.w. " انتم اعلم بامور دنياكم " – رواه مسلم “Kamu semua lebih tahu tentang hal dunia kamu “ – Hadis riwayat Muslim

Terdapat juga hadis menceritakan apabila Rasulullah ditanya samada stratiji mempertahankan kota Madinah yang dibentangkan oleh baginda itu berasaskan wahyu daripada Allah atau tidak. Apabila baginda menyatakan ia bukan wahyu , seorang sahabat mencadangkan suatu stratiji lain. Baginda lalu menerima cadangan itu memandangkan kepakaran sahabat berkenaan.



5. Sentiasa berdoa kepada Allah:

Salah satu etika yang sentiasa diberi perhatian oleh Rasulullah s.a.w. dalam melakukan kerja ialah berdoa kepada Allah bagi kebaikan kerja itu. Ia bukan sahaja dalam ibadat khusus , yang di dalamnya doa di sifatkan sebagai otak“Mukh” tetapi juga dalam semua kerja yang dilakukan





Penutup:

Demikian secara ringkas perinsip dan beberapa contoh daripada sunnah Rasulullah s.a.w. tentang etika kerja. Bagaimana pun,contoh-contoh di atas bukanlah nilai-nil;ai yang static . Sepertimana yang dihuraikan dalam pendahuluan di atas , ia tersimpul dalam konsep-konsep “Itqan” , iaitu kemahiran yang tinggi , dan “ Ihsan “ , iaitu pelaksanaan yang sebaik munkin.



Wallahu a’lam.

Sunday, September 19, 2010

IKhlas

Sejenak kita renungkan..
Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari bahtera kehidupan.ceria*

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku. Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri. Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain. Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula. Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung. Pada ketika itu hati pun berbunga. Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya. Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu. Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah. Ketika aku lemah, perkukuhkanlah. Ketika alpa, ingatkanlah. Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu. Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

Friday, September 17, 2010

Cinta dari Sudut Sufi

Cinta......

Sebuah kata dengan sejuta makna bahkan tak terhingga makna.

Alam semesta tercipta....kerana cinta.

Bumi berputar dan planet-planet beredar....kerana cinta.

Bentangan kekuasaan ALLAH dihadirkan dihadapan kita....kerana cinta.

Dan kita semua ada....juga kerana cinta.



Cinta......

Bagai pedang tajam yang bermata dua.

Bagai ular yang berkepala dua.

Dia bergerak dua arah antara dua titik ekstrem.

Boleh mendorong pecinta ke jurang penderitaan.

Bisa juga mengahantarkan sang pecinta ke ruang kebahagiaan.

Semua tergantung pilihan kita.

Untuk memilih apa yang kita cinta.



Cinta tidak akan muncul dari sebuah interaksi sepintas....

Tapi cinta akan muncul dari interaksi yang berulang-ulang dan penuh
penghayatan....sebuah proses panjang.

Pandangan pertama, ketertarikan, perkenalan, membangun kedekatan jiwa,
keinginan selalu bersama dan berbagi rasa....berhujung pada keikhlasan
untuk membenamkan ego pribadi kedalam ego yang dicinta.



Lantas bagaimana cinta orang-orang yang beriman bertumpu ?

Alladziina aamanuu asyaddu hubbal LILLAH....

Orang-orang yang beriman hanya cinta pada ALLAH....

Mahligai cintanya adalah meleburkan dirinya dengan ALLAH....

Cinta bukan lagi urusan fizikal....cinta adalah urusan jiwa....

Fizikal dan materi hanya sebuah media....



Isteri, anak, orang tua, harta, pekerjaan, kekayaan dan
kekuasaan...Adalah sekedar media....

Jangan terpengaruh dan terperangkap karena media ini....

Mereka semua boleh terluka....boleh sakit....bahkan boleh hancur sekalipun....

Tetapi cinta kepada Sang Maha Mencintai....keindahannya tetap terasa....

Kebahagiannya tetap tertoreh abadi dilubuk jiwa sang pecinta....



Kalau ada cinta tak terbalas....Mencintai tapi tidak dicintai....

Ini hanya berlaku pada cinta kepada sesama manusia....

Hal ini tidak berlaku untuk seorang hamba dengan ALLAH....

Karena ALLAH adalah Zat Yang Maha Mencintai....

Sumber segala cinta....yang tidak pernah memudar cinta-NYA....

Yang terus menerus mencintai meskipun sebagian besar hamba-hambaNYA
tidak mencintai-NYA....

Cinta-NYA sentiasa mengalir deras tanpa ada yang dpt mengukurnya....



Cinta ALLAH hanya dpt disambut dengan cinta kepada-NYA....

Baru akan menghadirkan terciptanya kebahagiaan....

Kalau cinta ALLAH bertepuk sebelah tangan....

Sang Maha Pemberi Cinta akan tetap berbahagia....

Kerana kebahagiaan cinta sesungguhnya bukan dirasakan oleh yang dicinta....

Tetapi dirasakan oleh yang mencinta....

Berbahagialah bagi orang-orang yang mencintai-NYA....

Menderitalah bagi orang-orang yang tidak dpt mencintai-NYA....



ALLAH telah membangun kerajaan kebahagiaan dalam kerajaan cinta....

Maka kebahagiaan hanya dpt diraih dan dirasakan oleh orang-orang yang
mentasbihkan dirinya sebagai hamba cinta....

Bukan hamba kebencian....Bukan hamba dendam....dan bukan hamba keserakahan....



Walaa kinnaLLAAHA habbaba ilaikumul iimaana wazayyanahu fii quluubikum....

Tetapi ALLAH menjadikan kamu cinta kepada IMAN dan menjadikan IMAN itu
indah dihatimu....



Yaa....IMAN lah kata kuncinya....

Yang bisa menghantarkan kita menuju ruang dan waktu yang tiada
habis-habisnya terus menaburkan aroma cinta untuk hamba yang dimabuk
cinta kepada NYA....



Jangan sampai cinta-NYA tak terbalas cinta....

Hanya kerana kita memiliki kehendak untuk memilih....

Sementara alam semesta bergerak dan bertasbih kepada-NYA....

Membalas cinta-NYA dengan penuh pengabdian....

Mereka bertasbih sepenuh cinta dan ketaatan....

Yaa....bertasbih kepadanya adalah cara membuktikannya....



Ego....Ego....Ego....sekali lagi...Ego....

Ego haiwani pribadi hamba manusia yang menjadi sebab....

Cinta ALLAH tak terbalas oleh hamba-Nya....

Keinginan materi nampak jelas tapi sementara....

Jangan biarkan ego kita mengembara bebas....

Karena ego manusia melebihi alam semesta ini....

Keinginan tanpa batas dan tak terhingga dalam angan-angan..

keperluan materi fizikal....makan, minum, harta dan jabatan....

Akan hilang meninggalkan kita atau kita tinggalkan....

Baik secara alamiah maupun terpaksa....

Tundukkan ego kita supaya menyatu dengan asalnya....

ALLAH....Sumber Segala Ego....



ALLAH mencintai kita....

Dengan menawarkan jalan keluar dari kesesatan dan penderitaan....

DIA menurunkan petunjuk-NYA untuk menundukkan ego pribadi hamba....

Bersatu dengan Ego NYA....

Inilah jalan sejati yang bakal menghantarkan kita kepada kebahagiaan....

Sebuah cinta....CINTA SEJATI....

Thursday, August 19, 2010

Imtihan Ramadhan


Salam syuhada'

Melangkah ke malam ke 27 Ramadhan Al-Mubarak semakin sayu hati saya. Apa mungkin amalan yang tak seberapa selama sebulan ini diterima oleh Allah. Ikhlaskah selama sebulan ini saya beribadah. Apa mungkin inilah bulan Ramadhan terakhir yang dapat dirasai. Suasana rahmah dan berkat ini akan meninggalkan saya beberapa hari lagi. Ah, kenapa saya baru menyedari tentang ini, kenapa tidak sebulan yang lalu....

Allah, kadang-kadang saya tidak bersungguh pun untuk beribadat di bulan berkat ini. Fikiran saya kusut, ingin mentelaah pelajaran ataupun bersungguh dalam ibadat. Malahan waktu beribadat saya percepatkan semata-mata untuk menghafal pelajaran. Apabila tiba waktu solat, fikiran saya terbayang tentang pelajaran. Apabila membaca Al-Quran, hati saya gundah untuk menghabiskannya. Apabila sedang solat terawih, perasaan khusyuk entah ke mana. Cukup lapan rakaat saya bergegas melangkah keluar ke masjid, kononnya untuk mentelaah pelajaran. Sedangkan pakcik-pakcik tua masih gagah untuk menghabiskan 21 rakaat solat sunnah yang bergandanya pahala itu. Tiba sepertiga malam, saya cuba bangun, bangun untuk bermunajat, tetapi sedikit air matapun payah untuk keluar. Allah, keras betul hati saya. Hablun min Allah masih belum kuat lagi.

Doa harian yang sering saya baca, saya cuba hayati maknanya satu persatu:

Allah, aku menzalimi diri aku, berikanlah keampunan kepadaku, sesungguhnya aku golongan yang rugi, Allah, jangan kau terbalikkan hati aku, sesudah engkau memberi hidayah, Allah, di bulan yang penuh berkat ini aku memohon, Engkau terimalah segala amal ibadah aku, puasaku, solatku, ruku'ku, sujudku, harapanku dan cita-citaku Allah kuatkanlah hafalanku, faqihkan aku dalam ilmu agamaMu Dan berikanlah kejayaan kepadaku dalam Imtihan, Allah permudahkanlah segala urusanku, Allah, engkaulah yang maha pengampun, berikanlah keampunan kepadaku, Allah, jauhkanlah aku dari maksiat selamanya, Allah, tundukkanlah hawa nafsu ini, Allah, aku mohon keredhaan syurgaMu, Dan jauhkanlah dari azab api nerakaMu

Bulan Ramadhan ini juga hubungan sesama manusia masih sukar untuk diislahkan, kadang-kadang mulut ini masih ada sisa-sisa memperihalkan peribadi orang, Sangkaan-sangkaan buruk masih belum dikikis lagi, membuang masa menjadi amalan, perbualan kosong seolah-olah menjadi madah harian menggantikan pelajaran, Sukar untuk memohon maaf, keberkatan dengan guru semakin kurang, Malas untuk bekorban, pentingkan diri-sendiri, mengelakkan diri bertolong-bantu.

Jika difikirkan tentang Imtihan yang semakin dekat, hati saya resah. Benarkah saya sudah bersedia. Mana buktinya. Setiap hari saya pulang hampir waktu berbuka semata-mata untuk mentelaah pelajaran. Selepas terawih saya memecut ke sekolah untuk belajar, saya besendirian di malam hari dalam kelas, sehingga ke sahur baru saya pulang ke rumah. Tapi kesannya masih belum nampak. Semakin banyak saya mentelaah, semakin banyak bab yang masih belum disentuh. Sentuhan untuk menghadapi Imtihan masih belum ada. Tarikh untuk melangkah ke Imtihan boleh dikira dengan potongan jari sahaja.

Saya rasa saya sudah bersungguh dalam pelajaran, cukuplah Allah tempat saya mengadu, diberi kemudahan untuk menghadapi Imtihan.

Sunday, August 15, 2010

Lirik Nasyid : Sandaran Harapan

Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harus kusandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
Pada-Mu oh Tuhan ku mohon pimpinan

Telah sekian lama kusemaikan
Cinta dan kesetiaan hanya pada insan
Namun kini yang ku tuai hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan

Aku diburu kenangan silam
Di kala leka dibuai percintaan
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan

Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-mu
Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu
Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu
Mendapatkan kepercayaan Mu oh Tuhan
Masihkah ada ruang untukku

Wednesday, June 23, 2010

Tasawuf


Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni'mat oleh Allah, yaitu: Nabi, para shiddiqqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (QS. An Nisaa'(4):69)

Saya selaku pengajar subjek Tasawuf ,melihat Bagi orang yang belum mengenal apa itu Ilmu Tasawwuf atau Sufi tentu akan merasa asing untuk keduanya, kerana tidak tahu orang cenderung untuk menjauhi atau enggan untuk mempelajarinya bahkan sampai mengejeknya. Hal ini serupa dengan awal kedatangan Islam tempo dulu, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Saw.: "Permulaan Islam ini asing, dan akan kembali asing pula, maka gembiralah orang-orang yang dianggap asing (orang-orang Islam)." HR. Muslim dari Abi Hurairah.

Kaum Sufi bukanlah sekelompok aliran bid'ah yang ajarannya masih saja diperdebatkan, namun dalam memahami Ilmu kesufian hati perlu benar-benar bersih dan jeli untuk menangkap doktrin-doktrin yang diajarkan dalam sufi itu sendiri dengan catatan tidak melenceng dari Islam. Tanpa didampingi ilmu sebagai manusia terlalu mudah untuk mencoreng, mencela dan berprasangka buruk terhadap sesama. Dalam sebuah hadits Nabi Saw.: "Hati-hatilah kalian terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu merupakan perkataan yang paling dusta." HR. Bukhari & Muslim.

Ilmu kesufian atau Ilmu Tasawwuf adalah ilmu yang didasari oleh Al-Qur'an dan Hadits dengan tujuan utamanya amar ma'ruf nahi munkar. Sejak jaman sahabat Nabi Saw. tanda-tanda sufi dan ilmu kesufian sudah ada, namun nama sufi dan ilmu tersebut belum muncul, sebagaimana ilmu-ilmu lain seperti Ilmu Hadits, Ilmu Kalam, Ilmu Tafsir, Ilmu Fiqh dan lain sebagainya. Barulah pada tahun 150 H atau abad ke-8 M Ilmu Sufi atau Ilmu Tasawwuf ini berdiri sebagai ilmu yang berdiri sendiri yang bersifat Keruhanian. Kontribusi Ilmu Tasawwuf ini banyak dibukukan oleh kalangan orang-orang Sufi sendiri seperti Hasan al-Basri, Abu Hasyim Shufi al-Kufi, al-Hallaj bin Muhammad al-Baidhawi, Sufyan ibn Sa'id ats-Tsauri, Abu Sulaiman ad-Darani, Abu Hafs al-Haddad, Sahl at-Tustari, al-Qusyairi, ad-Dailami, Yusuf ibn Asybat, Basyir al-Haris, as-Suhrawardi, Ain Qudhat al-Hamadhani dan masih banyak yang lainnya hingga kini terus berkembang.

Dalam praktik realisasi ilmu Sufi khusunya tempo dulu, mutasawwif (orang Sufi) memerlukan adaptasi yang amat sangat. Hal ini agar mampu untuk menarik orang-orang yang belum masuk muslim dengan jalan tanpa kekerasan dan paksaan, dengan kata lain berdakwah yang tidak keluar dari tujuan utama yang membuktikan akan cintanya kepada Maha Pencipta yakni Allah SWT. Disisi lain orang-orang sufi menjauhkan diri dari hal keduniaan yang dapat menghijab antara hamba-Nya dengan Allah Swt dalam beribadah. Disinilah Sufi mulai mengembangkan metode-metode bagaimana cara untuk membersihkan jiwa, pembinaan lahir batin, berdzikir, mendekatkan diri pada Allah, membangun jiwa mulia dalam mengenal Allah atau ber-ma'rifat, selain itu berintrospeksi diri siapa diri ini sebenarnya, sesuai dengan hadits Nabi Saw. "Man 'arafa nafsahu faqad 'arafa Rabbahu" (Barang siapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya)".

Jelas bahwa Ilmu Tasawwuf dan Sufi adalah merupakan salah satu ilmu dalam Agama Islam yang sangat halus dan mendalam yang mampu menembus alam batin serta sulit sekali untuk di ilmiahkan dan diterangkan secara kongkrit. Hal ini bukan bererti tidak dapat dibuktikan secara ilmiah namun seseorang yang memiliki kebersihan hati dan kecerdasan yang luar biasa yang mampu mecahkannya. Sebab "Al-Islaamu 'ilmiyyun wa 'amaliyyun" (Islam adalah ilmiah dan amaliah) HR. Bukhari. Kerana halusanya ilmu ini persoalan-persoalan didalamnya bagi orang awam dapat menimbulkan khilafiyah (perbezaan) dan pertentangan-pertentangan. Tapi inilah keindahan Islam berlumba dalam kebaikan selama tidak menyimpang dari aturan Islam.

Dalam kitab Ta'yad Al-Haqiqtul 'Aliyya hal. 57, salah seorang ulama Fiqh dan Ahli Tafsir Jalaluddin as-Suyuti mengatakan: "Tasawwuf dalam diri mereka adalah ilmu yang paling baik dan terpuji. Dia menjelaskan bagaimana mengikuti Sunah Nabi dan meninggalkan bid'ah". Sedangkan Al-Junaid seorang pimpinan tokoh Sufi Mazhab Moderat yang berasal dari Baghdad menyatakan tentang ilmu kesufian dalam syairnya: "Ilmu Sufi (Tasawwuf) adalah benar-benar ilmu, yang tidak seorang pun dapat memperolehnya; Kecuali dia yang dikarunia kecerdasan alami, dan berbakat untuk memahaminya. Tak seorang pun dapat berpura menjadi Sufi, kecuali dia yang melihat rahasia nuraninya."
Ilmu Tasawwuf dan Sufi adakalanya orang mencap sebagai ilmu kolot, ketinggalan jaman, usang, out of date, bahkan disebut aneh. Akan tetapi di balik itu semua bahwa Ilmu Tasawwuf memiliki kekuatan yang sungguh luar biasa untuk lebih mengenal Tuhan serta membangun mental dan akhlak yang mulia. Yang perlu diperhatikan kenapa orang dapat menjadi sesat dan madlarat dalam mempelajari dan mengamalkan Ilmu Tasawwuf. Sehingga ia menjadi orang yang apatis atau mengasingkan diri dari pergaulan masyarakat dan keluarga, meninggalkan keduniaan yang padahal di dunia ini adalah sebagai ladang amal dalam berbuat kebajikan untuk bekal di hari kemudian. Hal demikian dapat terjadi kesesatan pada diri seseorang dengan mempelajari ilmu Tasawwuf tetapi tanpa didampingi dengan Ilmu Kalam (Ushuluddin) dan Ilmu Fiqh.

Menurut Imam Malik ra. (94-179 H/716-795 M) menyatakan: "Man tassawaffa wa lam yatafaqah faqad tazandaqa, wa man tafaqaha wa lam yatsawwaf faqad fasadat, wa man tafaqaha wa tassawafa faqad tahaqqaq. (Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasawwuf tanpa fiqh maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fiqh tanpa tasawwuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawwuf dan fiqh dia meraih kebenaran)." Dengan demikian bahwa Ilmu Tasawwuf dan Ilmu Fiqh umpama dua jemari yang tak dapat dipisahkan, dan tidak untuk diabaikan dimana keduanya sama-sama penting suatu perpaduan antara akal dan hati.

Jadi dengan Ilmu Kalam (Ushuluddin) atau Ilmu Tauhid, bahwa Allah SWT. itu ada dan mempercayainya sebagai Tuhan yang wajib disembah. Ilmu Kalam ini adalah Ilmu pokok-pokok kepercayaan dalam Agma Islam. Selain itu pula untuk menghindari dari kemusyrikan serta memperkuat akan Tauhidullah sebagai Esensi Aqidah Islam. Ilmu Fiqh, pemahaman tentang syariat-syariat Islam berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah yang merupakan lautan ilmu yang meluas secara horizontal. Sedangkan dalam Ilmu Tasawwuf adalah mengatur kesempurnaan hubungan dengan Allah dan juga sebagai ilmu yang mampu menembus vertikal kedalam. Dengan mempelajari ketiganya maka akan kuatlah Iman, Islam dan Ihsan kita yang merupakan kesempurnaan dalam Islam, sebagai wujud mempelajari Ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf.

Cintanya orang orang-orang Sufi terhadap Tuhan, bagi mereka adalah suatu kenikmatan tersendiri dalam bertasawwuf, cara ini mampu membersihkan jiwa akan penyakit-penyakit hati (bathiniyah). Tapi penyelewengan dalam dunia Sufi pun dapat saja terjadi seperti halnya al-Hallaj yang mengakuinya dirinya sebagai Allah, dengan teorinya wahdat al-wujud atau pantheisme (Penyatuan Wujud) dan teori al-Hulul atau penitisan (Penjelmaan Tuhan dalam diri Manusia). Perkataan dan perbuatan al-Hallaj ini membuat marah para ahli Kalam (Tauhid), Fiqh dan masyarakat Islam, sehingga ia di hukum mati pada tahun 309 H. Di Indonesia dulu terjadi penyimpangan oleh seorang Waliyullah yaitu Syeikh Siti Jennar yang mirip dengan teori al-Hallaj, ia di hukum mati oleh mahkamah para Wali di Jawa. Namun hanya Allah-lah Yang Maha Tahu akan maksud dan hati seseorang.
**
Keunggulan umat Islam salah satunya adalah Ilmu Tasawwuf ini. Dengan bertasawwuf yang merupakan suatu kekuatan batin untuk mempertebal iman, tauhid, ladang amal, pembersih jiwa, serta untuk memperkuat Ihsan suatu cara untuk lebih mengenal Allah dan mencari keridloan-Nya semata maka secara otomatis akan meningkatkan akhlakul kariimah (Akhlak yang Mulia).

Menurut Prof. DR. Hamka bahwa: "Tasawwuf Islam telah timbul sejak timbulnya Agama Islam itu sendiri. Bertumbuh di dalam jiwa pendiri Islam itu sendiri yaitu Nabi Muhammad Saw. Disauk airnya dari Qur'an sendiri". (Perkembangan Tasawwuf dari Abad ke Abad). Adapun ciri dari Sufi menurut Imam Nawawi (620-676 H/1223-1278 M) dalam suratnya al-Maqasid at-Tawhid ada lima ciri jalan sufi atau bertasawwuf yaitu: (1) menjaga kehadiran Allah dalam hati pada waktu ramai dan sendiri, (2) mengikuti Sunah Rasullaah Saw. dengan perbuatan dan kata, (3) menghindari ketergantungan kepada orang lain, (4) bersyukur pada pemberian Allah meski sedikit, (5) selalu merujuk masalah kepada Allah swt.

Oleh Kerana itu Ilmu Tasawwuf khususnya di Malaysia haruslah mendapat perhatian penuh dari para alim ulama, sarjana, dan para cendekiawan muslim lainnya untuk dapat penyelidikan dan pengupasan secara luas dalam bidang Tasawwuf, untuk menciptakan mental yang Islami dan pemahaman spriritual dalam Islam untuk menjauhkan dari sifat-sifat tercela dan munafik. Sekali lagi bahwa Islam adalah agama Rahmatan lil 'aalamiin.***

Friday, June 11, 2010

Jangan Membuat kesimpulan Terlalu cepat

Kita semua pernah membuat penilaian yang salah tentang orang lain, terlalu cepat menilai orang lain, atau bahkan menghakimi mereka. Dua pelajaran berharga yang perlu kita ingat setiap kali ‘terpancing’ untuk terus menilai orang tanpa mengenal dia lebih dahulu, yaitu ‘Apa yang kamu tabur, itu yang kamu tuai’ dan ‘Apa yang kamu inginkan orang lain'perbuat untukmu, perbuatlah demikian untuk mereka.’
Contohnya simple saja. cuba perhatikan dalam kehidupan sehari-hari kita. Berapa banyak kebencian yang kita taburkan, berakhir dengan menuai kebencian. Berapa banyak kebohongan yang kita taburkan, berakhir dengan menuai kebohongan. Berapa banyak penghakiman yang kita lontarkan berakhir dengan menuai penghakiman.

Dari mana menuai itu akan datang, itu bisa mengambil banyak cerita. Boleh ajdi dari orang yang kita benci atau bohongi, bisa pula dari orang lain. Menuainya pun dapat terjadi dalam waktu yang cepat, bisa pula terjadi bertahun-tahun kemudian. Saat kita menyedari betapa sakitnya dibenci, dibohongi, dan sebagainya, kita mulai tersedar dan syukur-syukur belajar bahwa bisa jadi ‘sakit hati’ yang kita alami itu berasal dari ‘sakit hati’ yang kita taburkan. Jikalau kita dengan mudah menilai orang dan menburuk-burukkan, jangan hairan bila suatu waktu, kita malah dinilai orang dan diburuk-burukkan. Di sinilah kita mulai belajar untuk berhati-hati dalam menilai orang lain. Sayangnya, kita mulai belajar dan ambil langkah perubahan setelah mengalam isuatu kejadian yang luar biasa di luar kehendak kita. Atau dengan kata lain, kita harus mengalami ‘shock therapy’ lebih dulu, baru kemudian
punya fikiran untuk berubah.

1. Segala sesuatu yang dikerjakan Awal dalam hidup kita mempunyai awal juga akhir. 2. Segala sesuatu yang dikerjakan Allah dalam hidup kita bernilai kekal
3. Manusia tidak dapat mengerti tentang karya Allah dalam hidup ini.
4. Yang kita tahu hanya bersama dengan Allah selalu Happy Ending

Wednesday, May 26, 2010

Sahabat


Apa yang kita alami demi teman kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerana-Nya

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang. Seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman. Suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan Dengan tujuan kebencian

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur Apa adanya. Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan Dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia beriinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya. Kerinduannya menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua Orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri. DALAM MASA KEJAYAAN, TEMAN-TEMAN MENGENAL KITA. DALAM KESENGSARAAN, KITA MENGENAL TEMAN-TEMAN KITA

Ingatlah bila terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa Yang berada di samping anda? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai? Siapa yang ingin bersama anda pada saat tiada satu pun yang dapat anda berikan? Merekalah sahabat-sahabat anda. Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka