Friday, September 19, 2008

Kata-Kata Himah Abuya

~~Seseorang yang merasa
belum beramal
sedang amalannya sudah banyak
tandanya dia sudah tenggelam
dalam kebesaran Allah
~~Seseorang yang merasa
sudah beramal
kerana memang amalannya
banyak
itu maknanya dia tenggelam
dalam kebesaran dirinya
dan dia telah syirik kahfi
~~Sifat mukmin
Ialah membaiki diri
dan kesalahan seseorang
bukan menghina….
jika tidak mampu,
doakan
~~Bila makanan dan minuman
tidak bersih
pergaulan bebas
tempat kerja banyak maksiat
atau hati jahat
jadilah sembahyang itu
tidak boleh khusyuk

~~Ada orang
boleh
sembahyang banyak
tapi ingat Allah sedikit
Ada orang boleh sembahyang sedikit
ingat Allah banyak.
Pilihlah yang kedua
kerana tujuan sembahyang
ialah untuk mengingati Allah

~~Syarat
untuk baiki hati
yang jahat
ialah kenal Allah
~~Seorang
yang
kenal Allah
pasti akan sentiasa malu
hormat dan mahu
membesarkannya
sebagaimana malu
hormat dan menghina dirinya
pada seseorang yang selalu
menolong
dan memberi nikmat padanya
Sebab nikmat Allah
pada manusia
adalah setiap detik
mengalir tanpa henti-hentinya

~~Orang yang menghina
mengumpat dan menuduh
orang lain itu,
sebenarnya mendedahkan
kejahatan dirinya,
bukan orang yang dikatakan itu
~~Ubat
untuk
lembutkan hati
yang keras
ialah banyakkan zikrullah
~~Seorang
yang
terbuat dosa
kemudian merasa diri berdosa
adalah lebih baik
dari orang yang tidak buat dosa
dan tidak merasa berdosa

sebab orang yang pertama
bersifat hamba pada Allah
manakala orang kedua
tidak demikian
~~Mata
kalau tidak dikawal
akan melemahkan hati (iman)
seperti lampu kereta
kalau selalu dimainkan
akan melemahkan bateri

~~Allah dikenal
dengan hati
bukan dengan akal
Dan orang yang hatinya
kenal Allah
pasti kuatlah agamanya
~~Siapa menyembah Allah
kerana terpaksa
(bukan kerana patuh)
pasti tidak rasa lazat
dan perangainya pun tidak akan
berubah
~~Seseorang yang baru
bermujahadah
Yakni masih memaksa diri
dan merasa susah untuk beribadah

(bukan hati yang rela dan mudah)
sebenarnya baru di tangga pertama
dalam perjalanan kerohaniannya

~~Ibadah
dari hati yang bertaqwa
sekalipun sedikit
pasti memberi kesan baik
pada peribadinya
~~Tanda
seorang yang mempunyai hati
yang hidup (tidak buta)
ialah dia sentiasa merasai
diawasi oleh Allah
~~Ilmu yang bermanfaat
Ialah ilmu yang dapat
menyuluh kelemahan
dan kekurangan diri sendiri
serta dapat mendorong
untuk beribadah kepada Allah
Ilmu yang tidak bermanfaat
Ialah ilmu yang membuatkan
seseorang
merasa sombong dan hebat
serta tidak mendorong
untuk mengabdikan diri
kepada Allah
~~Bila mata buta
orang tidak nampak jalan
di dunia
Tapi bila hati buta
orang tidak nampak
jalan ke akhirat
~~Beragama tanpa berakal
beku
Berakal tanpa agama
sesat

Monday, August 11, 2008

Sucinya Cinta

Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Buah Taqwa

TAQWA adalah hujung dari segala puncak kejayaan. Apabila taqwa sudah dimiliki, bibit-bibit kasih sayang terserlah di dalam perbuatan dan tindakan. Akan lahirlah peribadi-peribadi yang berakhlak mulia, yang berkasih sayang dan harmoni. Di antaranya…

Si Alim akan bermurah hati mencurahkan ilmu dan berjihad mendidik umat dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang kerana Allah.

Si Kaya akan mencurahkan hartanya kepada si miskin dan menafkahkannya kepada perjuangan dan orang yang memerlukannya dengan rasa kesedaran dan kasih sayang demi mengharapkan cinta Allah.

Si Miskin akan redha dan sabar dengan kemiskinannya dan mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah.

Golongan Atasan akan berlaku adil terhadap orang bawahannya dengan penuh kasih sayang, menyelesaikan masalah dan kebajikan

orang bawahannya akan patuh kepada pihak atasannya dengan penuh hormat dan kasih sayang sebagai tanda terima kasih kerana menyelamat dan membela dirinya.

Kaum Wanita akan diliputi rasa malu dan akhlaknya menjadi mulia kerana keagungan cintanya kepada Allah, dia sangat memuliakan suami, menyayangi anak-anak dan menghormati pemimpin serta berkasih sayang sesamanya.

Para Suami akan bertanggungjawab terhadap isterinya, mendidik dan memimpin isterinya di dalam menuju keredhaan Allah dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Anak-Anak akan berlaku baik terhadap kedua orang tuanya, mentaati dan memuliakan kedua ibu bapanya dengan penuh kasih sayang.

Rakyat akan jadi aman makmur dan mendapat keampunan Allah dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

Ummi Sulaim bt Milhan

Ummi Sulaim adalah antara wanita yang pertama berbaiat (menyatakan keislaman) dengan Rasulullah bersama anaknya Anas. Suaminya Malik b. Nadzar telah membantah akan keislaman Ummi Sulaim tetapi sedikitpun tidak diendahkannya. Malik b.Nadzar akhirnya dibunuh oleh perompak semasa dalam perjalanannya ke Syam untuk berniaga. Selang beberapa waktu datanglah Abu Talhah yang masih musyrik ketika itu untuk meminang Ummi Sulaim bagi dirinya. Jawab Ummi Sulaim. “Wahai Abu Talhah! Sedarkah engkau bahawa antara kita amat berbeza”.

“Engkau masih menyembah Tuhan batu yang tidak boleh memberikan apa-apa manfaat padamu. Apakah engkau tidak merasa malu dengan perbuatan bodoh kamu itu padahal kamu adalah orang yang berakal dan berbudi pekerti yang baik. Aku tidak akan menerima lamaranmu itu selagi kamu masih dalam kesesatan”. Akhirnya Abu Talhah dengan ikhlas menyatakan keislamannya lalu mereka berkahwin. Hasil dari perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak bernama Abdullah b.Abu Talhah.

Ummi Sulaim juga pernah menyertai beberapa peperangan bersama Rasulullah antaranya Perang Uhud. Dalam peperangan ini, beliau telah merawat luka, menyediakan makanan dan minuman mereka. Begitu juga dalam Peperangan Hunain walaupun pada masa itu dia sedang mengandung tetapi dengan pisau yang terselit dipinggang, dia akan mempertahankan dirinya dan juga kaum muslimin agar tidak melarikan diri dari medan pertempuran. Demikian semangat yang ditunjukkan oleh wanita di zaman Rasulullah.

Melihat Positif Dalam Negatif

“Biarlah hanya papan dan tanah menjadi pemisah antara jasad dan perjuangan.Insya Allah.”
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR…

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

Matlamat Cinta

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda

Jangan Biarkan

Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

Peribadi

Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

Renungi

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Kebodohan

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Rindu Syahid

Sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya. Jika rindu seseorang… moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah… Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya…