Wednesday, July 30, 2008

Jundullah

Bila kau bergelar DAIE.. Kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi REMAJA.. Bak kata AL BANNA.. 'Tanggungjawab melebihi masa yang ada' dan tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat menDEWASAkan kau.. Tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain.. Bangunlah wahai SYABAB.. Sedarlah wahai FATA.. Kalian bukan memulakan perjuangan.. Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan.. Bangkitlah wahai sahabatku.. Semoga usaha kalian diberkati Yang Maha Esa.. ~salam jihad..~


Gagal.

Jatuh kali pertama itu pelajaran
Jatuh kali kedua itu kelalaian
Jatuh kali ketiga itu kebodohan
Jatuh kali keempat itu peringatan
Jatuh kali kelima itu kegagalan
Jatuh berulangkali itu kejayaan...


Manusia selalu tertumpu hanya pada satu pintu kebahagiaan yang telah tertutup,
Sehingga lupakan pintu bahagia yang lain terbuka untuknya,
Bilamana dia tersedar, pintu-pintu itu telah tertutup buatnya..


Manusia ketika lahir dia menangis, dan orang sekeliling tersenyum,
Hiduplah sebaiknya dengan penuh manfaat,
Agar bila kau mati kelak, kau tersenyum dan yang di sekelilingmu menangis pula..


Lahirnya kita diazankan di telinga,
Matinya kita kelak disembahyangkan,
Pendeknya kehidupan ini hanya sedetik di antara azan dan solatnya..


Bersyukurlah pada ni'mat-ni'mat kurniaan Allah,
Kerana setiap ni'mat itu nilainya kehidupan kita,
Tak percaya?
Cuba tutupkan sebelah sahaja matamu,
Sebahagian dunia ini lenyap dari pandanganmu..

Sahabat Sejati.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Kunci Bahagia

Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika dia mampu bersyukur atas kurnia-Nya, bersabar atas cubaan-Nya dan bertaubat atas dosanya.

Ukhuwah

Ukhuwah itu bagai seutas tasbih.. ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingati-Nya, dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya...

Cinta

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Pelajaran Berharga Saat Ini.

Hari ini sesuatu telah saya dapatkan lagi :

1. Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran. Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah dengki.

2. Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi.

3.Katakanlah yang benar dan adil, sebab benar dan adil adalah satu.

4.Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.

5.Yang benar tidak terikat dengan waktu.

6.Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.

Tuesday, July 22, 2008

Apa Terbenam di kalbuku .

Pada hari ini (22 July 2008) saya terfikir sesuatu yang dapat menjadi renungan semua..
1.Bila Allah makbulkan doa kita bermakna bertambahnya iman kita, bila Allah tangguhkan doa kita bermakna bertambahnya kesabaran kita, bila Allah tak pandang rintihan hati kita bermakna Allah mengatur yang terbaik untuk kita.

2.Usahlah gelisah bila dibenci manusia, kerana masuh ramai lagi yang mengasihimu di dunia ini, tetapi gelisah lah bila Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat nanti...."

3.kadang-kadang kamu tidak menyukai sesuatu,padahal ia baik untukmu, kadang-kadang pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia adalah buruk bagimu.. Allah mengetahui sedang kamu pula tidak..

Harta Berguna Dari Khulafa' Ar-Rasyidin


SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1.Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2.Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3.Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1.Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2.Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3.Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4.Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1.Hatinya selalu berniat suci.
2.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3.Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
4.Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
5.Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1.Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7.Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8.Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

Tuesday, July 15, 2008

Marah

Kata Aristotle,
"Sebenarnya amatlah mudah untuk marah - sesiapa pun boleh melakukannya. Namun untuk berasa atau bertindak terhadap orang yang sepatutnya, pada tahap yang betul, pada masa yang tepat, dengan cara yang sesuai dan kena, ia tidaklah semudah itu. Bukan setiap orang mampu melakukannya. Untuk melakukan semua itu adalah sesuatu yang sangat jarang, namun terpuji dan amat mulia."

Ambillah


ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati,ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...