Wednesday, September 5, 2012

Jangan JOIN MLM.

Apa yang ingin saya katakan disini adalah menjawab pertanyaan tentang Isu perniagaan singkat seperti MLM atau infinity downline atau yang sekeluarga dengannya yang perlu mengorbankan masa dan tenaga siang dan malam untuk mencari duit daripada hak orang lain dengan alasan ingin membantu. Tetapi bagi yang merasa MLM mereka sah disisi syarak tak perlu baca. 

Antara teknik2 yang digunakan untuk menarik minat peserta dan seterusnya menjadi downline :
1. Ajak minum kat kedai makan.
Ajak minum berjam-jam, kadang-kadang tak makan pun. Ade org datang minta sedekah dia bagi RM1 je pun susah.

2. Bawak upline (penaja atas mereka) yang dah steady.
Kebiasaan kita akan tertarik dengan pandangan pertama. Kalau 1st time nampak kereta besar, pakai kot (malam2 pun pakai kot?), pakai henset canggih, cakap pun lebat (ratus2 ribu punya cakap.. tak main dah cakap sepuluh dua puluh ringgit.. walaupun masa tu kat kedai mamak je).Dan  cakap kita orang yang terpilih siap cakap akan bantu kita.

3. Bawak file.. ada bukti cek nilai beribu2.
Itu kalau dulu la.. zaman sekarang ni, biasanya bawak laptop atau iPad dan tunjukkan print screen cek2 hasil menjalankan bisnes tersebut (alaa.. mcm yg kita selalu dok buat entry cek nuffnang dah sampai tu.. hehe).. walaupun sebenarnya, nilai tu bukanlah nilai sebenar.

4. Ajak join seminar.
Biasanya dalam seminar, lagi banyak cerita2 hebat yang peserta baru akan dengar. Kisah kena ludah la, kena maki la, mat rempit bawak BMW la.. dan bermacam2 lagi.. dan kebanyakannya akan memakai sut, siap dengan tali leher. Katanya untuk menambahkan keyakinan diri dan memberikan pandangan pertama yang baik terhadap peserta baru.

5. Isi borang dan bayar yuran keahlian.
Bila bakal peserta berminat nak sertai (ataupun terpaksa sertai sbb nak jaga hati member), maka diberikan borang untuk diisi. Yuran keahlian biasanya murah je. Tapi peserta tersebut akan ditawarkan satu pakej lain yg akan mendatangkan untung lagi cepat. Maknanya kena tambah lagi la modal sehingga beribu2. Peserta akan diberikan tempoh bertenang (kena bertenang la.. sbb dah keluar duit banyak) dan dalam tempoh itu, borang dan yuran pendaftaran akan disimpan sehingga cukup tempoh tertentu, atau sehingga cukup jumlah tertentu.. supaya bila upline tadi submit pendaftaran kepada syarikat, maka jumlahnya cukup untuk melayakkan mereka menerima bonus dalam bentuk cek.. dan cek itulah yg akan digunakan untuk ditunjuk kepada ‘bakal peserta baru’. Orang yang betul2 jujur dalam perniagaan MLM ini sebenarnya susah untuk berjaya. Kena pandai main trick. Sbb tu dalam satu perniagaan MLM, akan ada group2 tertentu yang mempunyai kaedah tersendiri untuk meningkatkan hasil dan pendapatan.

Tak semua orang yang bergiat dalam MLM ni menggunakan teknik2 seperti di atas. Saya cuma bercerita berdasarkan pengalaman silam. Mungkin juga ada teknik2 terkini yang telah diperbaharui.
Pun begitu, kita jangan pukul rata semua orang. Jangan pukul rata semua kakitangan kerajaan makan duit haram disebabkan ada segelintir yang melakukan tugas sambil lewa. Begitu juga tak boleh anggap semua anggota kastam itu kaki rasuah disebabkan ada segelintir yang terlibat dengan gejala tersebut. Pekerjaan halal boleh memberikan pendapatan yg halal sekiranya dilakukan dengan jalan yg halal. Begitu juga sebaliknya, pekerjaan yg halal boleh memberikan pendapatan yang haram sekiranya dilakukan dengan jalan yg haram.

Hukum perniagaan MLM ini adalah harus.. seperti mana yang telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Namun, perlu diperhalusi kaedahnya, agar yang harus tidak berubah menjadi haram.Ia akan menjadi Haram apabila : 

1. Skim Piramid / Skim Cepat Kaya menggunakan nama MLM.
Kebiasaan skim piramid ini tidak menjual produk. Begitu juga skim cepat kaya. Apa yang dilakukan adalah mencari orang (downline) dan membayar jumlah tertentu. Duit hasil penyertaan ahli baru digunakan untuk membayar ahli lama (upline) dan seterusnya. Sebab itu, kita biasa mendengar / melihat promo perniagaan seperti “Masih Baru Dilancarkan.. Jadilah Orang Terawal”.. Yang terawal biasanya akan dapat pulangan modal dan keuntungan, sebaliknya yang lambat menyertai, akan kehilangan modal. atau pun katanya buka kedai maya, ini bukti jelas membuktikan Gharar, memang ade kedai maya tapi orang buka kedai maya aktif jual beli barang. Ataupun memang dia bagi barang tapi jumlah barang tak sama jumlah dengan duit diberi lepas ubat tu lansung tak berkesan, nak-nak pulak dah meyakin pada sedara mara pastu tak berkesan dan plak sedara mara dah salah paham dengan kita.

2. Akad / Kontrak Perniagaan
Sebelum sign borang pendaftaran, bawak balik dulu borang tersebut. Jangan terus sign kat meja kedai mamak. Baca dulu dengan teliti. Adakah kontrak itu sah mengikut muamalat Islam? Adakah di situ ada unsur2 perjudian, riba, gharar, zalim dsb? Kemudian kaji dulu kaedah pemasaran (marketing plan) yang digunakan. Adakah ianya berasaskan pencarian kepala (downline), atau berasaskan jualan produk? ade juga yang dua-dua. harga barang masyallah jauh panggang dari api.

3. Kaedah Pemasaran
Perniagaan adalah penjualan barang daripada penjual kepada pembeli untuk tujuan keuntungan. Jika awal2 lagi, kita ditunjukkan cek2 bonus, marketing plan, berapa kita akan dapat dsb.. maka jauhilah ia.. percayalah, ahli baru takkan mampu nak jual apa2 produk pun, sebab mereka cuma dilatih untuk mencari ahli2 baru.Tak semua orang sama walaupun diberi 'training'. Macam kat sekolah cikgu ajar benda yang sama tetapi anak murid paham dan kemampuannya lain-lain.

4. Keuntungan Yang Ditawarkan.
Ini point paling penting untuk mengesan sebarang bentuk penyelewengan atas nama perniagaan / pelaburan. Iaitu fixed income (cewahh).. jika seseorang ahli itu ditawarkan keuntungan tetap dalam nilai matawang (kalau bayar RM1500, dapat RM6574.89 sebulan), maka ianya ada unsur riba. Dan perniagaan / pelaburan ini adalah haram disertai kerana ada unsur gharar, perjudian, riba dan zalim. Dan ianya menjadi modus operandi bagi skim cepat kaya. Atau mendapat keuntungan jika dapat menjaga downline dibawahnya sehingga peserta berusaha bertungkus lumus mencari orang dibawahnya untuk mendapatkan modal semula kerana sudah terlanjur mengikuti "perniagaan" tersebut. Pagi kerja , petang hingga malam cari downline, besok kerja dah lemau (menzalimi diri). Sedangkan rasul mengajarkan kita ADIL membahagikan masa Khusus kita.

Pesanan saya : 
1. Berhati-hatila jika anda mengikuti MLM seperti ini.
2. Sebaiknya anda jangan mengajak kawan rapat atau keluarga untuk mengikutinya takut akan timbul kesalahpahaman atau paling tidak akan memutuskan persaudaraan.
3.Untuk anda yang telah mengikuti program ini dan telah berjaya, jangan assume kemampuan orang lain sama dengan anda. Dalam al-Quran Allah telah menyatakan perbezaan kemampuan manusia. 
4. Kepada Orang yang menaja (upfront) pada awalnya mungkin duit yang diberi kepada anda pada awalnya mungkin telah diredhai oleh yang melaburkan duit. Namun dipertengahan jalan atau di akhir penantian bila mereka gagal atau putus asa, maka doa untuk anda akan kezaliman itu akan berlaku. Doa org yang terzalimi dimakbulkan Allah. Mungkin Allah tak membalasnya sekarang tapi di akhirat nanti atau ditimpakan kepada anak-anak anda. Saya dapat lihat mereka seperti ini mereka bahagia banyak DUIT tapi mereka hilang seri diwajahnya kerana makan duit yang tidak berkah. Walaupun salah downline anda kerana mereka tak mampu atau tak ikut cakap anda atau tak mampu TIRU seperti anda.
5. Jangan butakan hati anda kerana wang atau menjadikan dunia sebagai orientasi. Kita akan ada anak atau generasi akan datang, Takutlah kepada Allah dan takutlah keturunan anda dizalimi. Kita Hidup untuk masa depan akhirat kita

untuk lebih lanjut boleh baca kupasan oleh Pakar Ekonomi Islam kita :

Saturday, September 1, 2012

Bila Esok Masih Ada


Pernah rasa putus asa dengan ujian Allah? Mari renungkan Kumpulan Kalamullah di bawah :

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: 
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya.  FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

Apabila kamu masih memiliki harapan, 
maka tidak ada sesuatu 
yang mustahil bagi mu.
Agar dapat membahagiakan seseorang, 
isilah tangannya dengan kerja, 
hatinya dengan kasih sayang, 
pikirannya dengan tujuan, 
ingatannya dengan ilmu yang bermanfaat, 
masa depannya dengan harapan.

Jazakallah 
Nukilan Hati

Tuesday, June 12, 2012

Aku Menyayangimu


Aku menyayangimu saudaraku,
 Kerana  kau  bagai kejora,
Jauh  dipelupuk mata tapi terang,
 Terkadang menghilang,
Kau tetap bercahaya jauh di relung jiwa.
Aku menyayangimu saudaraku,
 Kerana kau seperti pelita,
Yang menyala-nyala dalam jiwa,
Menghangatkan tawa dan gembira,
Terasa hidup segala nyala gelita.
Aku mengasihimu dalam kerendahan hatimu
Juga agamamu kesaksianmu pada Allah dan Rasul,

Kadang tidak tertahan rasa ini,
Kadang rasa mahu dilepaskan,
Tetapi tahu akhlak masih menjadi batasan,
tinggal aku rindu,
Meskipun engkau belum tahu erti hadirku,
Namun engkau amat bermakna bagiku,
 
Sungguh aku memerlukan belas dan kasihan.
Kadangkala air mata seperti mahu mengalir,
Rasa tidak lagi mampu bertahan.
Takut nanti tersungkur dalam dugaan,
Sungguh aku memerlukan kekuatan.
Wahai saudaraku, apakah engkau punya jawapan?


Wednesday, May 23, 2012

Menjadi Wanita Pilihan.

Barakallahu lakum,
Hari ini (23 Mei 2012) seorang siswi menghampiri saya seusai kuliah Islamic Studies di kampus dan bertanya " Ustaz kenapa perempuan perlu bertudung (jilbab) labuh ? Apakah tudung biasa tidak cukup?". Riak wajah ingin tahu sejuta makna dari warna yang masih belum tersisa untuk diwarna. Pertanyaan yang membuatku juga melontarkan senyuman dengan mudah-mudahan menjadi sedekah.

 Lantas aku terus teringat sebuah filem indonesia yang berjudul ' Hafalan Shalat Delisa' dimana seorang anak yang bangun dari sebuah keterpurukan. Delisa bangkit di tengah rasa sedih akibat kehilangan, di tengah rasa putus asa yang mendera Abi Usman dan juga orang-orang Aceh lainnya, Delisa telah menjadi malaikat kecil yang membahagikan tawa di setiap kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah mengajarkan bagaimana kesedihan bisa menjadi kekuatan untuk tetap bertahan. Walau air mata rasanya tak ingin berhenti mengalir, tapi Delisa mencuba memahami apa itu ikhlas, mengerjakan sesuatu tanpa mengharap balasan. (rujuk link ini ) . 

Lantas aku cuba untuk fokus kembali pada siswi tadi hidup dalam kesenangan bahkan lebih baik dr ‘delisa’ tadi sudah rasa berat atas syariat Allah yang di amanahkan. Mungkin ia masih dalam proses belajar.  Aku pun berkata kepadanya dengan ringkas sambil menuturkan dengan perlahan :  

“ Wanita itu adalah fitnah bagi lelaki, khususnya yang mempunyai penyakit pada imannya. Jadi, wanita perlu memelihara sebaik mungkin diri mereka agar jauh dari kerosakkan dan fitnah pada semua yang memandangnya. Jadi, melabuhkan pakaian khususnya tudung amat perlu dan lebih baik pada wanita. Ingatlah, menjadi wanita itu ketentuan, menjadi solehah itu kemestian, menjadi mukminah solehah adalah insan terpilih.. Semoga kamu menjadi insan terpilih. ”

Siswi tadi tergamam dan berlalu pergi. Doaku “ SEMOGA DIRIMU BEROLEH HIDAYAH KERANA HIDAYAH MILIK MEREKA YANG MENCARI ”




ps : jangan hanya labuhkan pakaianmu, labuhkan jua hatimu wahai mukminah !

Jazakallah 
~ zan ~

Tuesday, May 22, 2012

Memaknai Erti Sebuah Rasa

"Kau tahu apa itu makna uhibbuka fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya. Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya. "Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

 "Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuka fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian

Kita perlukan sahabat yang lebih dari sekedar mengetahui apa yg membuat kita bahagia. Teman adalah ketika mereka mengingatkan apa yang benar-benar dapat memberi kebahagian kita. Ibarat kenderaan, kereta misalnya, dapat jadi kesenangan tapi hanya ‘brake’ satu-satunya 'teman yg m'ingatkan' kita ketika hampir terbabas apapun di depan yg mengancam nyawa. "Shadiquka man abkaka La man adhhakaka". Belilah kereta yang mempunyai kualiti ‘Brake’ yang bagus.

Tuesday, May 15, 2012

Ukhuwah Bukan Hanya Sekadar Lisan

 
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang menjalinkan hubungan ukhuwah antara sesama kami semata-mata keranaMu. Sesungguhnya tiada tujuan lain kami berada di atas jalan dakwah ini melainkan untuk sama-sama menjadikan kalimahMu tinggi dan terpacak kuat di muka bumi ini. Jauhkanlah kami dari menuntut apa-apa kepentingan dari saudara-saudara kami dalam kami bersahabat dan bersaudara di jalanMu yang mulia ini.

Tuesday, April 10, 2012

Cinta dalam Islam


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi

umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Sebenarnya Islam tidak memusuhi cinta. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.
 
Sabda Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Allah taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)

Monday, March 5, 2012

Aku bukan Hamba Cinta

Lama tidak singgah di teratak halaman hikmah blog ku ini,

Beberapa hari ini aku menghabiskan waktu mengamati kehidupan dalam arena cinta dunia. Mahasiswa ku, sahabat-sahabat juga menghadiri pernikahan sahabat tercinta. Tak kurang juga tayangan filem dan lagu-lagu cinta dikumandangkan di corong radio... seolah-olah cinta menjadi Tuhan...namun begitu kes penceraian, penzinaan ada dimana setiap detiknya.

Saat ku cuba sirnakan waktuku bersendiri, benakku ditusuk persoalan demi persoalan, bagi yang sudah merasakan cinta atau sudah diselimuti cinta, berkali-kali aku pesankan pada diri sendiri bahwa cinta bukan TUHAN...

Saat diri anda dilawati cinta tanyakan pada hati anda adakah ia fitrah atau hiasan nafsu? lalu nilailah ia.. minta lah hidayah Allah sebagai Penyuluh di kala hanyut tengah lautan malam dan hampa jangan biarkan kau terlena terlalu lama...

Pesanku pada kalian jangan jadi hamba cinta tapi jadilah pengemudi cinta.Buat saudara, sahabat, adik-adik juga student tercinta yg selalu tersepit dlm mslh cinta, cinta itu tak pernah bersalah sehingga kita meletakkan ia ditempat yg salah, krn cinta itu fitrah dr Allah anugerah Allah dan disyurgalah bermula kisah cinta pertama manusia sehingga hadir syaitan merosakkan.. jadi yang FITRAH perlukan HIDAYAH sehingga kita kembali ke syurga dan cinta menjadi ANUGERAH semula.. jangan sia2kan cinta anda untuk sesuatu yg belum pasti...


Maka jadikan fitrah sebagai fitnah yang akan membakar dirimu sehin
gga dirimu bingung dan keliru..

"Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama
Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa
Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa
Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa"
Rasa cinta tidak salah. Yang salah jika menyuburkan cinta dengan perbuatan haram. Rasa cinta itu fitrah. Yang fitrah itu adalah sunnatullah setiap kehidupan. Rasa cinta itu lelah. Yang membuat insan hanyut dalam fikiran dan perasaan. Rasa cinta itu indah. Yang akan lebih indah dengan ikatan pernikahan. Jika telah hadir rasa cinta, berpada-padalah dengan dirimu sendiri, kerana dirimu yang mengizinkan hadirnya, bukanlah orang lain

(VIDEO)
Klik untuk Menonton video
k

Saturday, February 4, 2012

KIsah Agung Wafatnya Sang Kekasih ..


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya…


Pagi itu walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.


Pagi itu..Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah…


“Wahai umatku..kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya ku wariskan kepada kalian, Al-Quran dan Sunnahku…barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku…”


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap para sahabatnya bersatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar, dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.


Isyarat itu telah datang, saatnya telah tiba... Rasulullah akan meninggalkan kita semua. Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.. Tanda-tanda itu semakin kuat… Ali dan Fathal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.


Di saat itu, kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu...


Matahari kian tinggi, tetapi rumah Rasulullah masih tertutup rapat..tiba-tiba dari luar terdengar seseorang berseru mengucapkan salam.


“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.?


Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.?


“Maaflah,ayahku sedang demam,”kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.?


“Siapakah itu wahai anakku?”?


“Tak tahulah ayahku,orangnya seperti baru sekali ini aku melihatnya..”tutur Fatimah lembut.?


Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan . seolah-olah, bahagian demi bahagian wajah anaknya itu ingin dikenang.?


“Ketahuilah dialah yang menghapus kenikmatan yang sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.”?


“Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah.?


Fatimah pun menahan ledak tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan mengapa Jibrail tidak ikut sama menyertainya.?


Kemudian dipanggil Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.?


“Jibrail, jelaskan apa hakku di hadapan Allah nanti?”Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.?


Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.?


“Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,”kata Jibrail.?


Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


“Engkau tidak gembira mendengar khabar ini?” Tanya Jibrail lagi.?


“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”?


“Jangan khuatir Ya Rasulullah, aku pernah mendengar Alllah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad sudah berada di dalamnya,” kata Jibrail.?


Detik-detik semakin dekat saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.?


“Jibrail betapa sakit sakaratul maut ini” perlahan Rasulullah mengaduh.?


Fatimah terpejam, Ali yang disanpingnya menunduk semakin dalam dan Jibrail memalingkan muka.?


“Jijikkah kau memandangku, hingga kau palingkan wajahmu Jibrail? Tanya Rasulullah kepada Malaikat penghantar wahyu itu.?


“Siapakah sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibrail.?


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.


“Ya Allah! dasyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut kepadaku, jangan kepada umatku”?


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya seakan bergetar membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushikuum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantara kamu.”?


Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajah dengan tangannya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.?


“Ummati…Ummati…Ummati…”?


Dan..berakhirlah kisah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaih. Betapa cintanya Rasulullah terhadap kita. Dan cinta itu..akan kami buktikan…?

(video : klik )